Sabtu, 5 Januari 2019

KELANTAN Purbakala

KELANTAN Purbakala

KELANTAN Purbakala - Kilatan jadi Kelantan.

Ahlul Bait Nusantara dikatakan berasal dari titihan zuriat Yang Mulia iaitu Syed Hussein Jamadi Kubra ibni Syeikh Ahmad Jalal dari Kesultanan Deccan (selatan India) (titihan dari syaidina Hussein as bin Ali, yang belayar ke Tanah Melayu (timur) sebagai 'misi dakwah pada sekitar 1300M, yang mana pada masa itu , di sebelah barat, Khalifahtul'mukmin (Salehuddin Al Ayubi) sedang berusaha menakluk Palestine dari tangan Yahudi.

Syed Hussein Jamadil Kubra belayar bersama dengan enam orang adiknya yang lain dan tujuh orang lagi ditinggalkan di bumi kelahirannya, Deccan, kerana Syed Hussein Jamadil Kubra mempunyai 14 orang adik-beradik.Beliau merupakan abang yang sulong. Beliau juga dikenali dengan nama 'WALI TUJUH' di kalangan masyarakat Kelantan dan juga Nusantara. Daripada titihan bagindalah lahirnya zuriat keturunan Kesultanan Ahlul Bait Nusantara atau 'Raja-Raja Melayu'.

Sebelum sempat mendarat di Tanah Melayu,Syed Hussein Jamadil Kubra dan saudara-saudaranya telah diuji oleh Allah dengan satu ujian yang besar sehingga kapal yang mereka naiki hampir 'KARAM' di laut sehingga Syed Hussein Jamadil Kubra hampir-hampir berputus asa dan beliau bersungguh-sungguh berdoa supaya diselamatkan dari bencana itu dengan berikrar akan mendirikan sebuah 'rumah Allah' (masjid) jika mereka terselamat dari bencana karam itu.

Alhamdulillah, diizinkan Allah, secara tiba-tiba terjadilah 'Karamah Waliullah' iaitu doanya telah makbul iaitu telah datang pertolongan Allah (Nasrum'minallah) berupa sekawan 'ikan kekacang', telah datang menolong dengan menyumbat diri masing-masing pada tempat yang terdapat lubang-lubang air di kapal itu. Manakala sekawan yang lain telah menolak kapal itu sehingga selamat sampai ke daratan iaitu di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan.

Selamat dari bencana itu,Syed Hussein Jamadil Kubra terus sujud syukur dan bersembahyang dua rakaat bersama-sama yang lain.

Fenomena ini menjadi satu 'keganjilan' pada penduduk setempat yang datang menolong. Dalam keadaan itu, tiba-tiba satu lagi 'petunjuk' dari Allah datang apabila seekor Tupai Putih melompat di hadapan Syed Hussein Jamadil Kubra dan terus menuju ke serumpun pohon buluh 'Betong' yang berada tidak jauh dari Syed Hussein sedang berehat. Tupai putih itu lalu memakan 'umbuk' pokok buluh Betong itu dan berlalu dengan kenyangnya.

Memandangkan angkatan Syed Hussein memang dalam keadaan lapar dan dahaga selepas diamuk badai di lautan, maka berkeinginanlah Syed Hussein JamadilKubra untuk mencuba apa yang dimakan oleh Tupai putih itu lantaran laparnya.

Ekoran dari peristiwa ikan Kekacang dan rebung buluh Betong itu,Syed Hussein JamadilKubra telah bersumpah dan mewasiatkan anak-cucu dari zuriat keturunanya supaya tidak boleh lagi memakan 'ikan Kekacang' dan rebung buluh Betong.

Sesiapa yang melanggar pantang itu, biasanya akan terkena penyakit kulit, gatal-gatal atau hilang ingatan. Sengaja Syed Hussein Jamadil Kubra mewasiatkan dua perkara itu supaya dapat dikenal akan keturunanya dan supaya anak-cucunya sentiasa berkeadaan berhati-hati di dalam sesuatu perkara dan jangan bermain-main dengan 'WASIAT' atau amanah. bagai tanda menghormati dan menghargai 'pertolongan' yang telah diberi oleh Allah melalui ikan kekacang dan rebung buluh Betong itu.Realiti daripada peristiwa 'Karam Di Laut' itu, maka telah terdirinya Lagenda Masjid Kampung Laut yang pertama; yang kemudiannya dipindahkan oleh kerajaan ke Nilam Puri, Kota Bharu sehingga sekarang ini.

Setelah siap dibina masjid Kg. Laut, maka Syed Hussein bersama enam saudaranya belayar mudik ke hulu sungai sehingga bertemu dengan sebuah bukit yang dipanggil 'Bukit Panau'. Setelah mudik di muka kuala sungai (sungai Kelantan), maka Syed Hussein dan rombongannya mula mendaki Bukit Panau itu sehinggalah sampai ke puncaknya pada waktu hampir maghrib. Kemudian dari maghrib Syed Hussein JamadilKubra mula beribadat secara 'Suluk' (ritual keagamaan) sehinggalah pada waktu hampir dinihari, tiba-tiba bumi jadi bergoyang, angin bertiup kencang dan terasa ada sesuatu yang bakal terjadi. Dengan kebesaran Allah sekali lagi Allah menunjukkan 'kekeramatan' wali-walinya.

Bumi yang malamnya gelap tiba-tiba bercahaya dengan satu kilauan yang pelik dan menakjubkan. Hal ini menimbulkan kegemparan penduduk setempat, lalu mereka beramai-ramai mendaki Bukit Panau untuk melihat apa yang berlaku. Dalam keadaan aneh, pelik, bingung dan cuba untuk tahu; Penduduk setempat tiba-tiba menjadi lebih terkejut apabila hampir sampai ke puncak bukit apabila satu lagi dentuman yang amat kuat seolah-olah 'petir' yang cahayanya adalah putih berkilau dan memancar terus dari angkatan Syed Hussein JamadilKubra menuju ke langit dan membentuk satu imej seolah-olah 'Tudung Saji'.Dari mulut penduduk setempatlah keluarnya perkataan 'KILAT..KILATAN' sehingga menjadi KELANTAN sampai sekarang ini.

Selepas peristiwa cahaya 'Tudung Saji' itu, Syed Hussein JamadilKubra telah meninggalkan enam orang saudaranya di Bukit Panau itu untuk menjaga 'keberkatan negeri Kelantan' yang baru 'disucikan' oleh Syed Hussein JamadilKubra supaya menjadi negeri yang berkat, aman dan berdaulat.

Kemudian beliau dan beberapa orang lain telah belayar ke Champa dan kemudiannya berkahwin dengan empat orang puteri Raja Champa yang mana keempat orang puteri raja itu telah melahirkan empat dinasti kesultanan Ahlul Bait yang utama di Nusantara ini iaitu kesultanan Pattani-Kelantan, kesultanan Mindanao, kesultanan Brunei (Borneo) dan kesultanan Demak (wali songo).
Beliau kemudian wafat di Kalimantan dan dimakamkan di sana.Daripada beliaulah lahirnya titihan keturunan Raja-Raja Melayu di Nusantara ini. Manakala adiknya yang ketiga iaitu Syeikh Thanauddin atau dikenali sebagai 'Sang AdiPutera' merupakan guru kepada Hang Tuah yang tersebut di dalam sejarah itu.

Maharaja Srimat Trailokyaraja (Maharaja Imbang Jaya - 1233)

Maharaja Suran

Raja Tilam

Raja Sakranta

Sultan Mahmud Jiddah

Raden Mas Ariya (Hang Tuah dikatakan pernah berguru dgn baginda - Hikayat Hang Tuah)

Putri Selindung Bayu (berkahwin dgn zuriat keturunan Nabi Muhammad S.A.W iaitu Sayyid Husain Jamadil Qubra - moyang kepada Wali Songo - rujuk nota tambahan di bawah)

Sayyid Ali Nurul Alam

Sultan Maulana Sharif Abu Abdullah

Wan Abdul Muzaffar

Sultan Abdul Hamid Syah..

Sultan Abdul Hamid Syah ada 3 putera :
- Datu’ Nik Ibrahim
- Sultan Nik Badr Us Salam
- Nik Ali @ Fakeh Ali

[ADA PENDAPAT LAIN YANG MENGATAKAN BAHAWA JURAI KETURUNAN SELANJUTNYA ADALAH DARI KETURUNAN FAKEH ALI, DAN BUKANNYA SULTAN NIK BADR US SALAM]

Sultan Nik Badr Us Salam (putera Ke2 Sultan Abdul Hamid Syah) mendapat seorang putera yang bernama Wan Daim.

Wan Daim pula memperoleh 3 putera iaitu :
- Tuan Sulong : mempunyai putera bernama Long Pandak yg menjadi raja Kota Kubang Labu (Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan)
- Long Bahar (Raja Jembal) : mempunyai anak bernama Long Sulaiman, dan Long Sulaiman pula mempunyai anak bernama Long Yunus (Moyang kepada Sultan Kelantan sekarang)
- Raja Long Nik (Datu’ Pujud) : raja negeri Reman (kini : meliputi Yala, Grik & Hulu Kelantan)

Raja Long Nik (Putera ke3 Wan Daim) mempunya 4 putera :
- Long Nuh
- Long Man
- Long Abdul Rahman (Raja Legeh)
- Long Gaffar (pengasas sebenar negeri Kelantan moden setelah berjaya mengalahkan kerajaan Kota Kubang Labu dalam dua peperangan sekitar tahun 1760-an)

Danau Tok Uban - Penuh Misteri

Kenapa Sultan Brunei membina sebuah masjid yang indah jauh tersorok di tepi Danau Tok Uban?

Ini kerana Syed Berkat (Sultan Sharif Ali, nenek moyang Sultan Brunei pada hari ini) merupakan anak hasil perkahwinan Syed Hussein Jamadil Kubra dengan Putri Johor (puteri kepada Sultan Baki Shah , Sultan Kelantan pada zaman Empayar Chermin.

Sebelum tenggelam ke dasar tasik, di situlah kota kerajaan Kelantan purba Empayar Chermin, tempat Sultan Sharif Ali sebelum beliau ke Brunei dan diangkat menjadi Sultan Brunei bagi menggantikan Sultan Ahmad yang mangkat tanpa putera lelaki. Di sinilah bermulanya susur galur Kesultanan Brunei yang terus kekal pada hari ini.......

Empayar Chermin adalah koalisi sementara antara Kerajaan Langkasuka dengan Kerajaan Champa (Vietnam) dan Kerajaan Samudera-Pasai (Aceh) yang dibentuk selepas tahun 1335 oleh Raja Langkasuka-Kelantan ketika itu yang bernama Raja Bharubhasa atau dikenali sebagai Sultan Mahmud Syah setelah memeluk Islam melalui ulama dari Pasai.

Saiyid Hussein Jamadil Kubra dari keturunan Saiyid al-Alawiyah (bertemu hingga kepada Saiyidina Hussein cucu Rasulullah s.a.w.) anak dari bekas seorang gabenor kepada Sultan Muhammad Tugluq (Kesultanan Delhi) yang kemudian berkuasa di wilayah Deccan (India Selatan), telah sampai di Kelantan kira-kira pada tahun 1349 besama adiknya Saiyid Thana'uddin atau Syeikh Saman (anak murid kepada Ibnu Hajar).

Sepanjang misi dakwahnya Saiyid Hussein sempat mengawini tiga puteri keluarga Diraja Empayar Chermin yang ketika itu, ibu kotanya bernama 'Jeddah' terletak 3 batu dari Bukit Panau, Kelantan Darul Naim. Jeddah bermaksud permata. Kota ini telah tenggelam ke dalam bumi menjadi Danau Tok Uban
Kenapa Sultan Brunei membina sebuah masjid yang indah jauh tersorok di tepi Danau Tok Uban?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan