Tausiyah Sayyidi
25.1.19
Zawiyah Iraah
Ketahuilah bahawa selain Tuhan itu semua khayalan, tipu, jadi kalau kita hidup dengan satu khayalan, tipu, itu bukan hidup, itu khayalan, dlm bahasa arab disebut waham, dalam gambaran otak sahaja,
Tidak ada rawatan kepada keakuan seperti dengar cerita2 hal ehwal sufi, sbb dgn org sempurna, dengan kesempurnaan mereka kita baru sedar, timbang diri kita, di mana kita, jadi zaman ini ramai timbang hidup mereka dengan kecantikan luaran, sedangkan timbangan Ilahi yang benar ialah timbang diri kita dengan orang sufi, keluar dari kemanusiaan sampai keluar alam dan masuk hadrat Tuhan, satu persoalan... bagaimana manusia yang akarnya mendalami bumi ini yakni penuh dengan kemanusiaan, makan tidur sakit dll, penuh dengan keaiban, penuh dengan sifat kemanusiaan tapi boleh terbang daripada kekurangan ini sampai hadrat luar alam, yakni makhluk itu seperti kita boleh tinggal seluruh alam dan keluar dari bulatan alam, ke mana? tak boleh tanya mana sbb hadrat Tuhan tiada mana, tiada atas bawah, yakni tinggal alam, jadi makhluk yang paling ajaib adalah manusia, bukan malaikat, malaikat Allah cipta mereka di malaul aala, hadrat tinggi, bukan perkara besar kalau mereka boleh pusing2 dalam hadrat tinggi itu sbb mereka lahir di sana, tapi makhluk yang lahir alam kasar, alam kegelapan boleh tinggal alam ini dan sampai hadrat Tuhan, bukan hanya hadrat malaikat, kerana hadrat Malaikat masih dalam alam, bukan luar alam, bukan perkara besar, tapi makhluk manusia boleh tembus seluruh alam, sampai keluar bulatan alam, yang mana jibril pun tak boleh, sebab itulah orang yang tak kenal jalan Allah sebenarnya memperkecilkan kebesaran kita, Allah cipta kita sebagai makhluk utama di alam ini, tujuan utama, Allah larang tiada makhluk boleh sampai kepada Allah kecuali manusia, kalaupun org kafir yang penuh kekotoran pun bila masuk Islam masuk jalan Allah pun boleh terbang masuk ke hadrat Allah, terbang dari akuan sendiri, sedangkan tiada kekotoran yang lebih teruk dari kekufuran kemusyrikan,
انما المشركون نجس
Sesungguhnya org musyrik itu najis
Jadi apakah kebesaran manusia? Allah simpan pada diri manusia unsur Ilahi, unsur itu diguna spt tangan ke hadrat Allah, itulah ROH,
فنفخت فيه من روحي
Maka Aku tiupkan padanya drpd RuhKu
Ada unsur dr Allah, bukan cara jasmani, tapi dari Allah, bagaimana? Wallahua'lam, Allah larang daripada kita bertanya ttg ruh
يسألونك عن الروح قل الروح من امر ربي
Ruh itu tingkatan, tangan, tali Allah dari hadrat, kalau kita pegang cara betul akan sampai, bukan dengan usaha kita, bila kita pegang Allah akan tarik, bukan kita yang naik tapi ditarik, Allah minta kita taslim, ini taliKu, pegang saja dan taslim, Aku akan tolong kamu utk sampai kepadaKu
والذين جاهدوا فينا لنهدينهم سبلنا
Dan barangsiapa yang berusaha pd Kami, Kami akan beri hidayah kpd mrk dan tunjuk jalan2 Kami
Jadi unsur ini Allah simpan, kerja kita dalam ini ialah bagaimana nak tanggalkan hijab2 halangan sekitar ruh, org yang tak sampai itu bukan sebab tiada unsur tetapi ada halangan, ada hijab, maksud agama Allah iaitu kerja kita ialah nak hilangkan halangan itu, sebenarnya unsur ruh secara semulajadi nak kembali kepada Allah, seperti burung bila kita buka sangkar dia akan bebas terbang balik tempat asal, kerja kita bukan nak cipta unsur baru tapi nak membebaskan ruh itu, bagaimana buka sangkar jasmani itu dengan guna sabun Ilahi dengan takrif / cara yg betul, seperti kita beli sabun mesti ikut aturan yg betul baru berkesan, ikut kaedah yg betul, itu ilmu tarbiah, kena rujuk kpd ahlinya, yg dpt izin utk rawat manusia, sabun ada, unsur ada, qada Allah ada, sebab apa tak boleh gerak, itu kena muhasabah, jadi bagaimana sabun Ilahi, itulah Zikrullah, tiada cara utk membebaskan ruh kita terbang ke hadrat Allah kecuali Zikrullah, tanpa zikir semua ibadah tak muktabar, tak diterima, sebab tanpa hudur dengan Tuhan kamu sebenarnya menyembah selain Tuhan pada amalan tersebut, orang tabiin pernah kata nafsu saya kacau saya, suruh pergi jihad, keluar lawan musuh, saya hairan bagaimana nafsu nasihat sy utk amalan yg baik, sy tawaquf x ikut, akhirnya sy tanya kpd nafsu kenapa suruh jihad? Nak mati ke? Lalu jawab nafsu kamu membunuhku 70x setiap hari dan tiada yg tahu selain aku dan kamu, tapi bila sy pergi jihad akan mati sekali dan isytihar kpd org ramai bahawa kamu syahid, lihatlah liciknya nafsu, jadi mana2 amalan tanpa syuhud kepada Allah, tanpa ihsan, tanpa memperelokkan pandangan Allah kpd kita itu sebenarnya selain Allah, sebab selama mana ada selain Allah dalam hati kamu selama itulah kamu hamba kepada selain Allah, dan Allah tak terima syirik, jadi zikir itu penting, dan zikir mesti ada saluran yg buka, saluran yg bersih, ada sanad dengan org yg mulia, ada wasitah, sebab kamu tidak boleh gerak ke hadrat Allah kerana byk halangan kecuali melalui tangan org yg mulia, sempurna, bolehkah cermin cuci dgn sendirinya? Tak boleh, mesti ada tangan yang cuci, mesti ada zikir dengan ahlillah, dengan usaha itulah in sya Allah dimudahkan oleh Allah, bila dia salik benci diri sendiri tak redha atas dirinya, itulah iktiraf, bila dah ada rasa itu kamu akan dihimpunkan di mahsyar bersama orang yang sempurna, sebab kamu dah usaha, tak terima keadaan kamu yg buruk, para Sahabat Radiallahuanhum menyatakan bahawa bermula kebaikan itu bila tak redha atas diri sendiri, rasa penuh keaiban, jadi lihatlah bila kita jauh dari jalan Allah bermakna kita memperkecilkan kebesaran Ilahi pada diri kita, menjadikan diri kita hamba kpd waham, tipu daya selain Tuhan sedangkan mana ada selain Tuhan, sebab itulah ahli sufi yang benar tak zikir Lailahaillallah, sebenarnya maksud Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, itu sebenarnya mensabitkan selain Tuhan, sebab kalu tiada selain Tuhan kenapa kamu mensabitkannya, penafian kamu itu lah mensabitkan kewujudan selain Tuhan, secara syariat itulah kalimah yang agung, tapi secara hakikatnya tiada selain Allah, secara umumnya mmg org menyembah selain Tuhan, sebab itulah org ajar kita sebut Lailahaillallah, tapi secara khusus hanya cukup dengan kalimah Allah, lihatlah siapa yg keluar dari ijmak melarang zikir mufrad Allah? itulah Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qayyim Aljauziah, siapa yg larang maka imam mrk adalah kedua2nya, Imam Sayuti buat satu kitab menyatakan kelebihan zikir Allah, dan sabda Rasulullah tidak akan berlaku kiamat sehingga tiada org yg zikir Allah Allah, Nabi sebut dua kali Allah Allah menandakan bahawa bukan hanya sebut sekali Allah tapi itulah isyarat kepada zikir Allah Allah, tidak ada yang boleh cepatkan rawat batin manusia kecuali dengan zikir Allah Allah, nama yang mengumpulkan semua nama Allah, jami' , sebab itulah dalam Al Quran Allah mengasingkan dua nama
قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖ أَيًّا مَّا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ
Serulah Allah dan Arrahman, dan nama2 lain
Sebab itulah Allah buka surah2 dlm Al Quran dengan nama2 Allah, Arrahman, Ar-rahim, Arrahman untuk semua, Arrahim khas utk org yg beriman, inilah rawatan terbaik, spt rawatan kanser sebenarnya tiada rawatan kepada punca jd tak selesai masalah, jadi dalam rawatan batin mesti guna 2 rawatan yang utama iaitu Nama Allah Yang Agung, dan selawat yang utama dari ahlillah (Selawat Fatih), yang cepat membersihkan, jadi bila dgr kalam manusia yg sempurna kita rasa kerdil, bagaimana ahlillah boleh sampai kpd tajalli2 Allah, mereka spt kita, tp diri ada hadrat Ilahi pd ruh mrk, Allah himpun kesempurnaan dengan kehinaan, ketuhannan dengan kehambaan, uluhiyyah dengan kemanusiaan, sebab itulah manusia makhluk ajaib, tiada makhluk seumpamanya, tapi majoriti umat ini tak tahu kebesaran makhluk ini sehingga menjadi hamba kepada waham, khayalan, hidup dalam tipu, jadi kena himmah, kita bukan hanya tak mampu menguasai hati kita, bahkan anggota pun tak mampu kita kuasai, bila zikir mata pun tak boleh kita jaga, lalai, bila sebut nama Allah sepatutnya kita sedar ingat, firman Allah flm hadis qudsi, Aku duduk depan bersama org yg zikir kpdKu, Aku depan Kamu, bolehkah kita depan raja pusing2 mata? Tak boleh...tak layak duduk dengan raja, akan dibuang dan dilarang masuk lagi, sekarang kita bukan membicarakan ttg hudur dgn Allah, tapi nak jaga anggota pun sukar, suka bergerak, ini membatalkan zikir spt Solat, sebab apa? Kerana kamu mengkecilkan Allah yang bersama kamu, bila kita baca zikir Allah, maksudnya Ya Allah Ya Allah, tapi nak bg ringan sebut Allah Allah shj, moga Allah tolong kita taubat kita, bukan dari dosa tapi dari akuan kamu, kata tabiin tiada dosa yang lebih besar dari keakuan kamu sendiri, taubat org arif bukan dari dosa tapi dari keakuan sendiri, kewujudan sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan