Jumaat, 11 Januari 2019

Perumpamaan seorang hamba

Perumpamaan seorang hamba

Seorang hamba dikurniakan oleh tuannya sebuah kebun yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan, tuannya mengarahkannya menjaga kebun dengan baik dan boleh memakan hasilnya. Maka dia menjaga dan menguruskan kebun itu sebaik mungkin sebagai menurut perintah tuannya.

Satu ketika datanglah seseorang melalui kebunnya lalu bertanya, kebun siapakah ini? Maka di sini timbul dua hal

Pertama, mungkin hamba itu menjawab ini kebun saya, kerana saya yang menjaga dan menguruskannya. Lalu ditanya adakah kamu pasti ini kebun kamu?, Lalu dengan bangga dia jawab ini kebun saya, maka dialah hamba derhaka.

Kedua, mungkin hamba itu menjawab ini kebun tuan saya, saya hanya menjaga dan menguruskan mengikut perintah tuan saya semata-mata. Lalu akan dipersoal pula, bukankah kamu yang menjaganya? Pasti kebun ini milik kamu, namun dengan tegas dan bangga dia menyatakan ini kebun tuan saya, maka inilah hamba sebenar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan