Sabtu, 12 Januari 2019

Faktor kejayaan umat kurun ketiga

Faktor kejayaan umat kurun ketiga

Bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, tiadalah lebihnya Sayyiduna Abu Bakar atas kamu pada banyak solat, puasa, ibadah tapi lebihnya Sayyiduna Abu Bakar ialah kerana apa yang terpateri di hatinya

Dan bersabda Rasulullah lagu, kalaulah ditimbang Iman Sayyiduna Abu Bakar dengan Iman seluruh umat, maka lebih utama Iman Sayyiduna Abu Bakar

Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan apa yang ada di dalam hati Sayyiduna Abu Bakar?

Telah berkata Sidi Ahsan Al-Ba'qili dalam menyatakan cara hidup para sahabat dan umat kurun ketiga, kemuliaan mereka di sisi Allah dan sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah sebagai sebaik-baik kurun ialah kerana mereka menumpukan hidup mereka kepada Allah

Mereka beribadah dan hidup kerana Allah, bukan kerana habuan sendiri, mereka solat dan beribadah serta berzikir bukanlah kerana mengharapkan ganjaran pahala, syurga, martabat, rahsia dan sebagainya selain Allah, mereka tidaj menjadikan matlamat hidup mereka kepada selain Allah, akan tetapi hidup dan mati mereka hanya kerana Allah semata-mata. Inilah rahsia kejayaan hidup mereka.

Berkata Sayyidi Ahmad Al Hadi Al Hasani, maka berhati-hatilah dalam perjalanan hidup kamu, mestilah kamu menjadikan Allah sebagai matlamat bukanlah berpaling kepada selain Allah, sebagaimana golongan yang menjadikan habuan sendiri sebagai matlamat dalam beribadah, seperti solat dengan mengharapkan ganjaran, berzikir dengan menunggu pembukaan, nur, cahaya, martabat, dan sebagainya.

Maka apabila seseorang hamba menjadikan Allah sebagai matlamatnya dan berpaling dari selainNya dengan sebaik mungkin, hanya menumpukan pandangan (ifradul wujhah) semata-mata, maka Allah akan menumpukan kepadanya, begitu juga seluruh makhlukNya.

Sebagaimana satu kaedah, BUANG SEMUA DAPAT SEMUA

Semoga Allah meredhai kita semua walaupun kita tak layak

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

Tiada ulasan:

Catat Ulasan