Ahad, 18 November 2018

ADAB SEORANG MURID

ADAB SEORANG MURID
Tegahan dan perkara yang memutuskan  bagi seorang murid dengan gurunya dan toriqahnya

Berkata Syeikh Tijani RA -

" ومِنْ أكبرِ الشّروطِ الجَامعةِ بينَ  المريد وشيخه أنْ لا يُشَارِكَ في محبّتِهِ غيرَهُ ولا في تَعظِيمِهِ ولا في الإسْتمدادِ مِنه ولا في الإنْقطاعِ إليهِ بِقلبه ويَتَأَمَّلُ ذلك في شريعةِ نبيِّهِ صلّى الله عليه وسلّم فإنَّ مَنْ سَوَّى رُتبة نبِيِّهِ سيّدنا محمّد صلّى الله عليه وسلّم معَ رُتبةِ غيرهِ مِنَ النبِيِّينَ والمُرسلينَ في المحبَّةِ والتَّعظيمِ والإستِمداد والإنقطاعِ إليه بالقلب والتَّشْرِيعِ فهو عُنْوَانٌ على أنّه يموتُ كافرًا إلاَّ أنْ تُدْرِكَهُ عِنَايَةٌ رَبَّانيَّةٌ بِسَبْقِ مَحبَّةٍ إلهيّةٍ فإذا عرفتَ هذا فَلْيَكُنْ المريدُ مع شيخِهِ كما هو معَ نَبِيِّهِ في المحبّة والتّعظيم والإستمدادِ والإنقطاع إليه بالقلب فلا يُعَادِلُ غيرهُ بِهِ في هذه الأمورِ ولا يُشَارِكُهُ ومِنْ أكبرِ القواطعِ أنْ يَنْسِبَ ( أي المُريد ) ما عِندَهُ مِنَ الفتحِ والأسْرارِ لِغَيْرِ شيخِهِ لأنَّ تلكَ الأنوارَ الإلهيَّةَ الوارِدَةَ على العَبد بالأسرارِ والأحوالِ والمعارفِ والعلومِ والتَّرقِّي فِي المَقامَاتِ كلُّ نُورٍ مِنْهَا يَحِنُّ إلى مَرْكَزِهِ وهْيَ الحضرةُ الإلهيّة الّتي بَرَزَ مِنها وفيهَا نَشَأَ ولِكُلِّ شيخٍ مِنْ أهلِ الله تعالى حضرةٌ لا يُشارِكُهُ فيها غيرُهُ فإذا وَرَدَ مِنْهَا نُورٌ بِأمْرٍ مِنَ الأمورِ الّتي ذكرنَاهَا
وقد نُسِبَ إلى غيرِ تلك الحضرَةِ مِنَ الحضرَاتِ الإلهيَّةِ إغْتَاظَ ذلِك النُّورُ ورَجَعَ إلى مَحَلِّهِ وصُورَةُ ذلك فِي نِسَبِ الحِكْمَةِ الإلهِيَّةِ أنّ الله تعالى قَضَى في كِتابه العزيزِ بِنِسْبَةِ كلِّ واحدٍ إلى أبِيهِ قال تعالى" أُدْعُوهُمْ إلَى أبَآئِهِمْ هُوَ أقْسَطُ  عِنْدَ اللهِ " فَمَنْ نَسَبَ نُورًا إلى غيرِ مَحَلِّهِ  مِنَ الحضرةِ الإلهيَّةِ فَقَدْ أسَاءَ الأدَبَ في حَضرةِ الحَقِّ وكَذَبَ على الله تعالى والحضرةُ لاَ تَحْتَمِلُ الكَذبَ فلِذَا يُطْرَدُ ويُسْلَبُ والعِيَاذُ بِاللهِ تعالى " إنتهى كلامُ سيّدنا قدّس الله سِرّهُ فلِلَّهِ دَرُّهُ ما أوْضَحَ عِبَارَاتِهِ ومَا أَحْلَى إشَارَاتِهِ

Ertinya :
-Dan sebahagian daripada sebesar-besar syarat bagi menyatukan seorang murid dengan gurunya itu,ialah bahawasanya seorang murid itu hendaklah ia tidak berkongsi mahabbah akan  gurunya  dengan guru yang lain, begitu juga tidak berkongsi pada meng-agungkan  gurunya itu dan juga tidak berkongsi pada istimdad (meminta limpahan madad )…
-dan Begitu juga ia tidak memalingkan hatinya kepada selain daripada gurunya…,
Perhatikanlah syarat=syarat tersebut dalam syariat Nabi kita Muhammad SAW
-Maka jika ada seseorang yang menyamakan martabat kedudukan Nabi Muhammad SAW dengan para Nabi  dan para Rasul yang lain dalam mahabbah,kemuliaan , istimdad dan juga ia berpaling hati  kepada selain daripada Nabi Muhammad dan syariatnya…
-Itulah petanda jelas bahawa ia akan mati dalam kekufuran.., melainkan ia telah mendapat pertolongan daripada Allah sejak azali , kerana telah mendahului mahabbah llahi terhadapnya…
Jika kamu sudah tahu akan syarat-syarat tersebut.,maka jadilah seorang murid yang sentiasa bersama gurunya dalam apa jua keadaannya….
Sepertimana seseorang itu bersama dengan Nabi Muhammad SAW dalam  mahabbah, kemuliaan , istimdad dan juga tidak berpaling diri dengan hatinya kepada selain daripada Nabi Muhammad….
Janganlah ia membandingkan diri orang lain dengan dirinya ,dan juga jangan ia berkongsi dengan orang lain dalam perkara ini…
-dan sebahagian daripada sebesar-besar perkara yang memutuskan seorang murid dengan gurunya ialah dengan menisbahkan futuh-futuh  dan sir-sir  yang ada pada dirinya itu kepada selain gurunya…(padahal sir dan futuh itu adalah daripada gurunya)
Kerana semua nur-nur llahi yang turun keatas hamba Allah itu adalah melalui sir-sir,hal-ahwal,ilmu-ilmu dan kenaikan  satu maqam kepada maqam yang lain…
Setiap satu nur daripadanya akan kembali(memancarkan pancaran nur) kepada pusat utamanya ,itulah hadrah llahi (pusat utama) yang keluar (mengalir atas hamba) dan timbulnya(datangnya)nur tersebut..
-Setiap seorang syeikh daripada kalangan ahlillah( pemilik/pengasas toriqah),mempunyai hadrah tersendiri..,dan berkongsi bersamanya oleh orang lain..
apabila turunnya(mengalir)nur dengan sebab satu perkara daripada beberapa perkara yang kami sebutkan tadi..
Kemudian di nisbahkan nur tersebut kepada lain daripada hadrahnya daripada hadrah-hadrah llahi,maka menjadi berang (marah)nur tersebut dan pulanglah ia kepada pusat utamanya….
Perumpamaan yang demikian itu..,adalah  dinisbahkan hikmat llahi bahawa Allah SWT telah menetapkan di dalam kitabnya yang mulia bahawa setiap seorang itu akan di nisbahkan kepada bapanya..
Firman Allah  SWT
" أُدْعُوهُمْ إلَى أبَآئِهِمْ هُوَ أقْسَطُ عِنْدَ اللهِ "
Ertinya :
Serulah mereka…  kepada bapa-bapa mereka..!!!, itulah keadilan di sisi Allah…
-Maka barangsiapa yang menisbahkan satu nur kepada bukan tempatnya daripada hadrah-hadrah llahi.,maka sesungguhnya ia telah bersikap kurang adab dengan Allah SWT ,dan berdusta atas Allah SWT dan  hadrah tersebut tidak boleh menangung sebarang pendustaan atasnya..
Kerana sebab itulah seseorang itu dihumban keluar dan dilucut martabatnya..

Peringkat Seorang Murid
1- Murid Berkat
Harus baginya berpindah diantara syeikh2 dan diantara org2 soleh krn tujuannya hanyalah utk mengambil berkat.

2- Murid Sir
Murid ini dinamakan murid tarbiah,menziarahi selain drp gurunya adalah ditegah sama sekali,bahkan ziarah selain gurunya itu boleh memutuskannya drp syeikhnya.

3- Murid Khawwas
Jikalau mereka berpaling drp hadrah syeikh mereka walau sekelip mata,nescaya mereka ini akan mata dlm suu'ul khotimah krn mereka terlalu hampir dgn syeikh mereka dan krn mereka ini sdh terpilih sbg orang yang sangat terpilih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan