Suatu hari ada seorang pengemis mengetuk pintu rumah Rasulullah saw. Pengemis itu berkata : "Saya pengemis ingin meminta sedekah dari Rasulullah." Rasulullah bersabda : "Wahai Aisyah berikan BAJU itu kpd pengemis itu". Sayyidah Aisyah pun akhirnya melaksanakan perintah Nabi SAW. Dgn hati yg sgt gembira, pengemis itu menerima pemberian beliau & langsung pergi ke PASAR serta berseru di keramaian org di pasar :
"Siapa yg mahu membeli baju Rasulullah? "Maka dgn cepat berkumpullah orang-orang dan semua ingin membelinya.
Ada seorang yg buta mendengar seruan tersebut, lalu menyuruh budaknya agar membelinya dgn harga berapa pun yg di minta dan ia berkata kpd budaknya :
Jika kamu berhasil mendapatkannya, maka kamu MERDEKA.
Akhirnya budak itu pun berhasil mendapatkannya . Kemudian di serahkan baju itu pd tuannya yg buta tadi. Alangkah gembiranya si buta tersebut ,dgn memegang baju Rasulullah SAW yg dia dapat . Org buta itu kemudian berdoa dan berkata :
"Yaa Rabb dgn hak Rasulullah dan berkat baju yg suci ini maka KEMBALIKANLAH PENGLIHATAN KU".
MaaSyaa Allah...
dgn izin Allah spontan si buta tersebut dapat melihat kembali. Keesokan harinya, ia pun pergi menghadap Rasulullah SAW dgn penuh gembira dan berkata :
Wahai Rasulullah... pandangan ku sudah kembali dan aku kembalikan baju anda sebagai hadiah dari ku". Sebelumnya dia menceritakan kejadiannya sehingga Rasulullah SAW pun tertawa hingga tampak gigi gerahamnya.
Kemudian Rasulullah bersabda kpd Sayyidah Aisyah :
"Perhatikanlah baju itu wahai Aisyah, dgn berkah-Nya BERSEDEQAH telah mengkayakan org yang miskin, menyembuhkan yg buta, memerdekakan hamba dan kembali lagi kpd kita".
Subhanallah...
Al-Imam as-Suyuti menyebutkan dlm salah satu kitabnya bahwa pahala SADAQAH itu ada 5 macam :
أَنَّ ثَوَابَ الصَّدَقَةِ خَمْسَةُ أَنْوَاعٍ : وَاحِدَةٌ بِعَشْرَةٍ وَهِيَ عَلَى صَحِيْحِ الْجِسْمِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِيْنَ وَهِيَ عَلَى الْأَعْمَى وَالْمُبْتَلَى ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةٍ وَهِيَ عَلَى ذِي قَرَابَةٍ مُحْتَاجٍ ، وَوَاحِدَةٌ بِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى الْأَبَوَيْنِ ، وَوَاحِدَةٌ بِتِسْعِمِائَةِ أَلْفٍ وَهِيَ عَلَى عَالِمٍ أَوْ فَقِيْهٍ اهـ
(كتاب بغية المسترشدين)
"Sesungguhnya pahala bersedekah itu ada lima (5) kategori :
1. Satu di balas sepuluh (1 : 10) iaitu bersedekah kpd org yg sihat jasmani.
2. Satu di balas sembilan puluh (1 : 90) iaitu bersedekah terhadap org buta, org cacat @ tertimpa musibah, tmsk anak yatim & piatu.
3. Satu di balas sembilan ratus (1 : 900) iaitu bersedekah kpd kerabat kaum keluarga serta saudara.
4. Satu di balas seratus ribu (1 : 100,000) iaitu sedekah kpd kedua org tua.
5. Satu di balas sembilan ratus ribu (1 : 900,000) iaitu bersedekah kpd org yg alim @ ahli fiqh/fekah.
[Kitab Bughyatul Musytarsyidin]
Semoga Allah SWT memudahkan kita utk bermurah hati, suka bersedekah dgn ikhlas. Aamiin...
صلوا على نبينا سيدنا وحبيبنا و مولانا و باركتنا و قدواتنا سيدنا محمد قمر الوجود صلى الله عليه وسلم!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan