SELAWAT FATIH RAHSIA KEJAYAAN PARA WALI
Kiyai As Syeikh Mohammad Mokhtarullah mengungkapkan rahsia kejayaan dakwah para wali, antaranya ialah doa selawat. Pembuka bagi doa selawat itu ialah SELAWAT FATIH kerana untuk membuka sesuatu sememangnya menggunakan kunci (fatih) terdapat dlm bukunya yang bertajuk Kunchi Sukses Dakwahya Para Wali.
Doa dan Selawat Fatih juga menjadi amalan Kiyai Haji Fadhil Banten (Ulama dan pengembang Tareqat Naqsyabandiah dan Tijaniyyah di negeri Johor. Juga penasihat agama bg Sultan Johor (Sir) Ibrahim, juga guru kepada Panglima Kiyai Salleh. Beliau pernah menyebarkan rahsia kekuatan dakwah kepada murid-muridnya melalui SELAWAT FATIH sepertimana diwarisi oleh Tn Guru Haji Mohammad Yassin (bapa TS Muhyidin Yassin)
Dalam hubungan ini, ibadat selawat memiliki peranan besar dalam menghubungkan kita dengan junjungan besar Rasulullah SAW. Ibadat selawat menjadi saluran melalui baginda supaya rahmat Allah yang khusus diberikan kepada baginda akhirnya mengalir kepada kita. Melalui saluran selawat itulah, mengalirnya syafaat baginda tanpa perlu menunggunya di akhirat kelak.
Para wali sebagaimana para nabi
bukanlah rahib-rahib atau sami-sami yang hanya tinggal dirumah-rumah ibadat tetapi mereka perlu mengembara untuk mendalami ilmu sekaligus menyebarkan Islam. Mereka ibarat danau, memiliki kerohanian yang mendalam dan pemikiran serta hati yang jernih.
Mereka bukan sahaja dikurniakan karamah yang diizinkan terhadapnya tetapi mengajarkan masyarakatnya ilmu tasawuf dan tareqat sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Oleh itu tidak hairanlah mereka sering dikunjungi oleh orang-orang yanv memerluka. Ketenangan rohani.
Telah dibuktikan dalam sejarah, bahawa membawa ajaran Ahlussunnah wal Jamaah dan mazhab Syafie yang dibawa oleh para Walisongo itu sesuai dengan kedudukan bangsa Nusantara yang bersifat Majmuk. Apatahlagi Ahlussunah waljamaah mengajar umat supaya dapat hidup dalam ketenangan, mengembangkan fahaman untuk mendamaikan dunia keilmuan dengan dgn dunia politik serta rohani yang berperanan untuk membangunkan peradaban Islam itu sendiri
Untuk lebih kesan dan keberkatan, Carilah guru untuk mendapatkan ijazah bagi amalan selawat fatih ini
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على
المرسلين والحمد لله رب العالمين.
SELAWAT FATIH
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وصحبه حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
“Allahumma shalli wasallim wabaarik ‘alaa sayyidinaa Muhammadinil faatihi limaa ughliqa, wal khaatimi limaa sabaqa wannaashiril haqqi bil haqqi walhaadii ilaa shiraathikal mustaqiimi, shallallaahu ‘alaihi wa ‘alaa aalihi wa ash haabihi haqqa qadrihii wamiqdaa rihil ‘adziim.”
Ertinya:
“ Ya Allah limpahkanlah rahmat keatas junjungan kami Nabi Muhammad yang membuka
kunci sesuatu yang dikunci dan penyudah bagi Nabi yang terdahulu daripadanya dan yang
menolong (membela) kebenaran dengan kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang
benar dan lurus dan kurniakanlah rahmat dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat
sahabatnya dengan kurnia yang layak dengan kadarnya dan makamnya yang mulia .”
Ringkasan Sejarah.
Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin
Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah
SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana
mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung
KEUTAMAAN SELAWAT FATIH
- Menghapus dosa selama 400 tahun
Membaca selawat fatih sebanyak 100 kali pada malam jumat dipercaya dapat menghapus dosa-dosa selama 400 tahun. Fadhilah ini tentu sangat diidamkan setiap umat muslim.
- Memperoleh pahala yang menyamai ibadah para wali
Lagi-lagi, fadhilah selawat fatih terletak pada jumlah pahalanya yang berlimpah. Membaca selawat fatih sebanyak 10 kali pada malam jumaat maka pahalanya setara dengan ibadah para wali selama 1 juta tahun.
- Menetapkan iman
Fadhilah selawat fatih yakni dapat menetapkan iman seseorang. Menurut beberapa ulama, barang siapa yang membaca sholawat fatih secara rutin maka imannya akan dikuatkan dan menetap hingga akhir ajalnya. Dan ia meninggal dalam kondisi yang baik (husnul khotimah).
- Mempermudah datangnya hidayah
Fadhilah selawat fatih yang berikutnya yakni mempermudah datangnya hidayah. Menurut beberapa ulama, seseorang yang membaca selawat fatih selama 40 hari berturut-turut maka ia akan tergerak hatinya untuk melakukan tobat dari segala kemaksiatan
Cpf
Jazakallahu khoiran katsiran..
BalasPadam.
mantappp... kalau amal 100x sehari, boleh di bahagi bahagikan tak? atau kene 100x sekaligus?
BalasPadamBoleh, saya juga diajar jika tidak mampu 100 sekaligus, pecahkan di 5 waktu solat kita, contoh subuh 20x, zhuhur 20x dan seterusnya smpai isyak
Padamsy nak cari jemaah utk buat wadhifah di pasir gudang
BalasPadammcmana nak dpt ijazah selawat fatih ni?
BalasPadamAlhamdulillah. Syukran izin anal dan share.
BalasPadamNak daoat ijazah kena cari guru yang ada sanad selawat Fatih ni lah kan.. ?
Alhamdulillah. Selawat ini telah saya hafal dari tahun 2006. Saya tak tahu asal usul selawat ini. Cuma tertarik nak hafal dari sebuah buku kecil usang dan dah buruk. Lalu dihafal...inilah selawat pertama yg saya lazimkan diluar solat. Tak tahu pula hingga begini penceritaan nya.
PadamBagi saya. Menurut kata ulama tertentu. Ilmu ini adalah seperti harta orang Islam yg tercicir. Jika anda minat ambillah dan amalkan. Seandainya jika ada guru yg dapat mengijazahkan tentunya lagi bagus. Amalkan hingga 40 hari atau ke 100 hari. Apa pun yg anda dapat tentunya anugerah dari Allah SWT. Selebihnya Wallahualam
Padamboleh ke amal selawat al fateh tanpa di ijazahkan oleh guru yg bersanad
PadamCari guru atau pengamal tareqat tijaniah. Ini selawat utama mereka
PadamQobiltu.
BalasPadamAssalamualaikum.. saya baru je nak belajar baca selawat fateh ni..saya dpt dari Google.. isyhaallah dah pun saya mula kan setiap Kali solat.. Alhamdulilah..
BalasPadamAssalamualaikum pada semua pengamal al fatih.mamu nak tanya siapa ada maklumat untuk mengambil pemahaman serta ijazah selawat al fatih ini. Mamu ingin mengambil ijazah. Sesiapa yang tau sila hubungi mamu di no 01118811786 whatsapp juga bolih.
BalasPadamYoutube bertajuk ("Keagungan Sholawat Fatih !!! Sejarah , Keutamaan dan Sanad Ijazah") dari Ustaz H.Rizqi Dzulqornain Al-Batawi MA ada mengijazahkan
BalasPadamMohon ijazahnya Tuan...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamQobiltu
BalasPadamMohon ijazahnya Tuan...
BalasPadamMohon ijazahnya Tuan...dan berkongsi ilmu ini.Terima kasih jazakallah khairai
BalasPadamMohon ijazahnya tuan. Terima kasih
BalasPadamIjazah Am Selawat fatih kepada sesiapa yg sampai kepadanya posting ini
BalasPadamDisini sy sertakan rantaian sanad yg berhubung langsung dengan para masyaikh dan seterusnya kepada Sayidul wujud
Sayyidi Asy Syarif Ahmad Al-Hadi Al-Hasani Attijani Al Maghribi
#Sanad Zahabi (Emas)
Sayyidul Wujud Sayyiduna Wamaulana Muhammad SAW
⬇
Alqutubulmaktum WalkhatmulMuhammadi Alma'lum Sayyiduna Wamaulana Ahmad At-Tijani Al-Hasani RA
⬇
Sidi Muhammad Al-Gholi Al-Hasani RA
⬇
Sidi Ahmad bin Muhammad Al-Kansusi Al-Ja'fari Al-Hasani RA
⬇
Sidi Alhaj Alhusein Alyifrini Al-Hasani RA
⬇
Mujaddidulmillah Waddin Sidi Alhaj Alahsan Alba'qili Al-Hasani RA
⬇
Sidi Muhammad Alhabib Alba'qili Al-Hasani RA
⬇
Sidi Alahsan Alyifrini Al-Hasani RA
⬇
Sayyidina Murobbina Sidi Ahmad Alhadi Al-Hasani Al-Maghribi Hafizullahu Taala
اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
Qobiltu ijazah.
PadamQabiltu ijazah
BalasPadam