Umat Nabi Muhammad; "Kalaulah menjadi suatu yang diragukan akan diraikan kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ itu, maka cukuplah bagaimana Alam ini menjadi saksi dan bukti yang menyambut akan kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ yang menanti dan bergembira dengan kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ."
"Ada di kalangan orang-orang yang sehingga bahkan kerana tidak mahu memuliakan akan hari kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ sehingga mendengar hadith-hadith yang memberitahu akan kejadian Alam ini seperti keringnya Tasik Sawat yang telah pun disebut oleh Bumi ini pada malam kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ."
"Bergoncangnya daripada Istana Kaisar dan tumbangnya empat belas tiang-tiang serinya, retak dari dindangnya. Terpadamnya Api yang disembah oleh orang-orang Majusi yang tak pernah-pernah terpadam semenjak seribu tahun, yang Langit tidak mampu lagi didekatkan oleh Jin. Demikian besarnya Alam ini meraikan akan kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ."
"Akan tetapi, hari ini ada di kalangan "mereka" yang tidak mahu menerima akan hadith ini.
Begitu juga di antara "mereka" yang mungkin menerima dan mengatakan "Itu tidak boleh menjadi suatu dalil dan bukti bahawa kita juga harus untuk berkumpul dan juga bergembira dengan kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ."
"Sesungguhnya Alam sudah mengajarkan kepada kita betapa mereka bergembira dan mereka meraikan, memuliakan kepada Baginda Rasulullah ﷺ. Kenapa? Dikeranakan Allah سبحانه وتعالى menjadikan Alam ini baik yang ada di bumi dan di langit, baik yang namanya gunung, lautan, matahari dan bulan-Nya."
"Allah سبحانه وتعالى menyebutkan di dalam Al-Quran tidak lain semuanya adalah untuk tunduk dan menyembah kepada Allah سبحانه وتعالى. Kenapa mereka bergembira? Kerana lahirnya Baginda Rasulullah ﷺ. Itulah yang sebenarnya yang akan melahirkan Alam yang akan tunduk dan patuh kepada Allah سبحانه وتعالى."
"Kalaulah Alam ini yang disebutkan makhluk sedangkan kita ini manusia mempunyai daripada akal, naluri dan juga perasaan yang sempurna. Mereka sepertimana Gunung Uhud yang bergoncang, seperti yang disebut Batang Kurma yang merintih-rintih dan menangis.
Tak akan kita ini yang mempunyai perasaan yang diberikan oleh Allah سبحانه وتعالى tidak bergembira dengan kelahiran Baginda Rasulullah ﷺ dan tidak merindui kepada Baginda Rasulullah ﷺ?"
"Apa yang kita miliki di dunia ini baik itu daripada harta, baik itu daripada apa sahaja yang kita miliki. Yang mana kadang-kadang kita sayang sungguh sehingga dengannya kita sanggup menangis kehilangan daripada apa yang kita miliki. Yang kalau kita dapat apa yang kita inginkan kita bergembira dengan segembira-gembiranya."
"Maka Allah سبحانه وتعالى mengajarkan kepada kita kegembiraan yang sebenarnya dengan firman Allah سبحانه وتعالى yang ertinya; "Katakan Wahai Muhammad, "Dengan kurniaan Allah dan rahmat-Nya. Dan demikian itu hendaklah memberikan khabar gembira." Dikatakan oleh Allah سبحانه وتعالى dikhabarkan mengenai khabar gembira dengan dua perkara iaitu Kurniaannya Allah dan Rahmatnya Allah سبحانه وتعالى."
"Tidak ada yang lebih tinggi martabatnya berbanding Baginda Rasulullah ﷺ, tidak ada yang lebih baik daripada apa yang kamu kumpulkan berbanding kemantapan imanmu, kecintaanmu, kerinduanmu dan kesungguhanmu untuk mengikuti dan mencontohi kepada Baginda Rasulullah ﷺ."
"Kalaulah nak digambarkan akan Baginda Rasulullah ﷺ Setiap apa yang ada pada Baginda Rasulullah ﷺ itu mempunyai nilai yang cukup mahal bukan di sisi kita tapi di sisi Allah سبحانه وتعالى. Kita ambil hanya setitis iaitu airmata Baginda Rasulullah ﷺ. Yang tatkala kata Saidatina Aisyah; "Nabi Muhammad ﷺ suatu malam bermunajat kepada Allah."
"Kemudian Nabi ﷺ mengulang akan firman Allah yang sepertimana yang disebutkan oleh Nabi Ibrahim عليه السلام yang berdoa kepada Allah terhadap kaumnya; "Barangsiapa yang ikut kepada aku maka dia golongan aku." Kata Nabi Ibrahim عليه السلام."
"Akan tetapi sebaliknya. Barangsiapa yang enggan Engkau Wahai Allah, yang berhak untuk menyeksa kepada mereka."
Demikian ketika Nabi Isa عليه السلام menanyakan; "Kalau Kamu menghancurkan kepada mereka, mereka itu adalah hamba-Mu, tapi kalau Kamu menahannya itu lebih baik. Kalau Kamu mengazab kepada mereka, mereka itu adalah hamba-Mu tapi kalau sekiranya Kamu mengampunkan kepada mereka."
"Sesungguhnya Engkau Wahai Allah adalah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun."
Maka Nabi Muhammad ﷺ ketika itu yang ingatnya adalah kepada Ummat. Lalu menitis airmata Baginda Rasulullah ﷺ. Titisan ini mempunyai kuasa yang luar biasa. Titisan itu menggegarkan Arasy Allah. Lalu Allah سبحانه وتعالى utuskan Jibril عليه السلام untuk bertanya kepada Baginda Rasulullah ﷺ; "Kenapa Menangis" sedangkan Allah سبحانه وتعالى itu Maha Mengetahui."
"Akan tetapi diutuskan Jibril عليه السلام hanya sebagai kasih sayang dan untuk kita ingat dan mengetahui dengan jelas akan sebab titisan airmata yang menggegarkan Arasy Allah itu. Ketika ditanya oleh Jibril عليه السلام. Kata Baginda Rasulullah ﷺ" Bagaimana nanti keadaan Ummatku?"
"Airmata itu yang cukup hebat yang menggegarkan Arasy Allah demi kerana kita Ummat. Allah! Airmata kita tak hebat mana pun yang kita titiskan hanya kerana dunia kita, kehilangan daripada harta milik kita. Akan tetapi betapa berharganya airmata Baginda Rasulullah ﷺ sehingga menggegarkan Arasy Allah sebabnya adalah kerana kita Ummat Baginda Rasulullah ﷺ."
"Alangkah mahalnya airmata itu yang begitu berharga di sisi Allah سبحانه وتعالى yang dihadiahkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ untuk Ummatnya sehingga Allah سبحانه وتعالى menyatakan kepada Jibril عليه السلام untuk katakan kepada Nabi Muhammad ﷺ; "Dan bahawasanya "Sesungguhnya nanti pada Hari Kiamat Allah jualah yang akan berikan kepadanya yang akan dikurniakan oleh Allah kepadamu kamu akan redha."
"Kamu akan diberikan hak untuk memberikan syafaat kepada Umatmu" sehingga Nabi Muhammad ﷺ mengatakan; "Sesungguhnya aku tidak redha satu pun daripada Ummatku berada di dalam Neraka Allah." Allah! Kasih sayang seperti apakah ini yang ada pada Baginda, Rasulullah ﷺ kepada kita."
"Malam ini, hari ini kita mengenang kerinduaan kepada Nabi Muhammad ﷺ dan meluahkan rasa kecintaan kepada Baginda Rasulullah ﷺ. Yang mengalirkan airmatanya dan kasih sayangnya kepada kita. Tanyakan kepada diri kita masing-masing tatkala kita membaca, mendengarkan bait-bait, susunan daripada manaqib yang mengenalkan kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ."
"Sering kali kita berada di dalam majlis seperti ini tapi sudah terusikkah hati kita memahami akan cinta dan kerinduan kepada Baginda Rasulullah ﷺ? Sejauh mana benar cinta kita kepada Baginda Rasulullah ﷺ sehingga sunnah Baginda Rasulullah ﷺ itu benar-benar dijunjung dan disanjung oleh kita ini."
Daripada Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan