Menangis baca ni😭😭😭
Mak bapak kita yang melahir dan menjaga kita tak mampu nak sayang kita macam Rasulullah sayangkan kita.
.
Pasangan kita yang katanya nak sehidup semati pun takkan mampu saingi sayang Rasullullah pada kita.
.
Tau tak macamana sayangkan Rasulullah saw pada kita?
.
Nanti di Padang Mahsyar, hari di mana semua orang sibuk uruskan diri sendiri, tak pedulikan orang lain.
Hari ketika seorang ayah lari dari anak.
Suami lari dari isterinya.
Anak lari dari ibubapanya.
Kawan lari dari kawannya.
Malah semua para Anbiya' pun tak pedulikan antara satu sama lain.
.
Hanya seorang saja yang sibuk kehulu kehilir mencari umatnya, iaitu Muhammad saw.
.
Dikatakan nanti di Padang Mahsyar, Rasulullah kana sibuk ke sana sini bertanya "Siapa kamu?"
.
"Umat Muhammad"
.
"Sini..sini.. kemari"
Rasulullah saw kumpulkan semua umatnya, kemudian nanti Baginda akan sujud pada Allah dengan sujud yang sangat lama sehingga Allah berkata "Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintaklah, Aku akan beri".
.
Rasulullah saw berkata "Ya Allah. Aku takkan bangkit dari sujud sehingga Kau beri apa yang aku minta".
.
Allah menjawab "Minta".
.
Rasullullah saw "Ya Allah. Berikan aku kesempatan untuk bagi umatku minum. Mereka kehausan Ya Allah di bawah terik matahari".
.
Allah berkata "Ya Muhammad, Ini telaga Al-Kautsar. Berilah mereka minum".
.
Rasulullah segera memberi minum kepada semua umatnya.
Sehinggakan Fatimah pernah berkata "Ya Rasulullah, sekiranya nanti aku ingin bertemu denganMu, di mana harus aku jumpa"
.
Rasulullah saw berpesan "Pergilah ke telaga Al-Kautsar. Aku sedang memberi minum pada umatku"
.
Dengan anaknya pun Baginda tak berjumpa, tapi Baginda nak jumpa dulu umatnya.
Sedangkan Rasulullah saw dah dijamin ke syurga tapi dia tak mahu masuk selagi umatnya tak masuk.
.
Setelah memberi minum, Rasulullah saw sujud lagi dengan sujud yang lama sambil menangis, sehingga Allah berkata "Ya Muhammad. Bangkitlah dari sujudmu. Mintaklah, Aku akan beri".
.
"Ya Allah, selamatkan umatku dari sirat"
.
Allah berkata "Tunggulah mereka di hujung sirat"
.
Rasulullah saw menunggu di hujung sirat sambil menyebut "Allahumma salim salim. Allahumma salim salim (Ya Allah selamatkan, selamatkan)"
.
Yang banyak amal, lepas.
Ada juga yang jatuh ke dalam neraka.
.
Bila Rasulullah saw tau ada umatnya masih ramai dalam neraka, Baginda sujud lagi sambil memohon "Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji kurma"
.
Lalu Allah keluarkan umatnya.
.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah sujud lagi ""Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji jagung"
.
Lalu Allah keluarkan umatnya.
.
Masih ada lagi ramai di dalam.
Rasulullah sujud lagi ""Ya Allah selamatkan umatku yang ada di dalam (neraka) sekiranya dia ada iman sekecil biji sawi"
.
Lalu Allah keluarkan umatnya.
.
Rasulullah saw jemput semua masuk ke dalam syurga.
Tapi ada lagi dalam neraka.
Rasulullah sujud lagi dengan sujud yang sangat lama.
.
Allah berkata "Apa lagi Muhammad. Bukan kah aku sudah menyelamatkan ramai umatmu?"
.
Rasulullah sambil menangis berkata "Ya Allah. Demi kasih sayang yang Kau miliki. Selamatkanlah umatku yang tidak ada amal tapi mereka mengucapkan La Ilaha Ilaallah".
.
Allah perkenankan.
.
Rasulullah saw berlari ke neraka dan berkata "Umatku, sebutlah La Ilaha Illallah. Aku akan selamatkan kamu".
.
Dahsyatnya sayang Rasulullah pada umatnya.
Dia hanya membukakan pintu syurga untuk umatnya sedangkan dia tak masuk lagi ke dalam.
.
Takkan ada sesiapa boleh sayang kita sedalam itu.
Bukan ibubapa. Bukan pasangan. Hanya Rasulullah.
Sedangkan Rasulullah saw tak kenal kita. Dan kita berselawat pada dia pun malas.
Rasulullah tak minta "Ya Allah selamatkan umatku yang berselawat banyak padaku".
Tak, dia tak mintak yang tu.
Yang tak ada amal pun dia selamatkan, yang penting itu umatnya.
.
Pernah Rasulullah tanya kepada sahabat siapa yang paling Allah cintai, kemudian dijawab oleh para sahabat "Kami, sahabatmu yang dicintai Allah"
.
Rasulullah jawab "Kamu sahabat-sahabatku, sudah tentu Allah cintakan kamu. Tapi ada yang lebih Allah cintai. Mereka datang setelah kamu tiada. Mereka tidak pernah menyaksikan mukjizatku seperti kamu, tapi mereka beriman kepadaku. Allah mencintai mereka lebih dari kamu. Mereka adalah umatku. Allah sayangkan mereka kerana umatku adalah keluargaku".
.
Kita ni dianggap oleh Rasulullah saw sebagai keluarganya.
Padahal Rasulullah saw tau tak semua di kalangan kita setia pada dia.
Baginda rela seluruh hidupnya berdepan dengan kesusahan agar hidayah sampai kepada kita.
Tak ada siapa yang sanggup dihina, dicela, dilempar najis, habis harta agar dakwah dan hidayah ini sampai, melainkan Rasulullah saw.
.
*Rindu Teragung Muhammad saw*
...
Bila kita menyebutkan tentang rindu kita kepada Baginda Rasulullah saw. Ketahuilah bahawasanya Baginda Rasulullah saw itu lebih merindui kepada kita wahai ummat. Bahkan Bukit Uhud juga merindui Rasulullah. Ketika Nabi Muhammad saw berada di atasnya tak tahan, bergoyang.
..
Sehingga Baginda Rasulullah saw mengatakan; "Mantaplah kamu wahai Uhud, kerana di atasmu ada seorang Nabi dan seorang siddiq iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq رضي الله عنه وأرضاه dan dua orang syahid. Iaitu Saidina Umar Al-Khattab dan Saidina Uthman Bin Affan رضي الله عنه وأرضاه."
..
Dan Nabi saw mengisytiharkan cintanya kepada Uhud kerana tahu cinta Uhud kepada Baginda Rasulullah saw. Kata Baginda Rasulullah saw; "Sesungguhnya Uhud itu cinta kepada kami dan kami juga cinta kepada Uhud dan nanti Gunung Uhud itu akan berada di Syurga.”
..
Lihatlah batang kurma, gunung Uhud bahkan makhluk-makhluk yang lain yang tidak bernyawa, tidak mempunyai akal sempurna seperti kita ini pun begitu merindui dan mencintai Nabi saw dan mereka ini akan bersama Baginda Rasulullah saw di Syurga kelak disebabkan kecintaan mereka yang mendalam kepada Baginda Rasulullah saw.
...
Kita pun boleh dapat bersama dengan Nabi Muhammad saw tapi dengan syarat kita pun benar-benar cinta kepada Baginda Rasulullah saw. ..
Mari kita tanyakan kepada diri kita masing-masing;
sejauh mana kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah saw ?
Dalam setiap hari berapa banyak kita menyebut dan menceritakan mengenai Baginda Rasulullah saw ?
Berapa kerap kita mengingati dan menangis terkenangkan kepada Baginda Rasulullah saw ?
Berapa banyak kali mulut kita ini untuk mudah menyebut dan berselawat kepada Baginda Rasulullah saw ketika mana kita mendengarkan nama Baginda Rasulullah saw disebutkan?
Berapa banyak sunnah-sunnah Baginda Rasulullah saw yang kita amalkan dalam kehidupan kita seharian?
Bila kita menyebutkan tentang rindu kita kepada Baginda Rasulullah saw. Ketahuilah bahawasanya Baginda Rasulullah saw itu lebih merindui kepada kita wahai ummat.
Seperti kebiasaan Baginda Rasulullah saw akan selalu menziarahi kepada perkuburan Para Sahabat yang di antaranya di Baqi dan di Uhud.
Maka suatu ketika kata Para Sahabat di akhir umur Baginda Rasulullah saw seperti rutinnya Baginda Rasulullah saw yang selalu menziarahi kepada perkuburan syuhada Uhud maka ketika mana Baginda Rasulullah saw kembali untuk kembali ke Madinah.
..
Dalam perjalanan Baginda Rasulullah saw berhenti pada suatu tempat maka Para Sahabat juga berhenti bersama dengan Baginda Rasulullah saw.
Para Sahabat melihat Nabi saw diam maka diperhatikan akan Baginda Rasulullah saw dan mereka melihat akan mengalirnya airmata Baginda Rasulullah saw yang sedang menangis.”
..
Lalu Nabi Muhammad saw mengatakan; "Aku rindu kepada saudara-saudaraku.” Kata Baginda Rasulullah saw.
Maka Para Sahabat bertanya; “Bukankah kami ini saudara-saudaramu Ya Rasulullah?”
Nabi saw mengatakan; “Tidak!! Bahkan kamu semua itu adalah sahabat-sahabatku.”
Maka ditanya lagi Para Sahabat.“
"Maka siapakah itu saudara-saudaramu Ya Rasulullah”
..
Lantas Nabi saw mengatakan “ Saudaraku adalah mereka-mereka orang yang akan datang setelah aku yakni setelah kewafatanku sedang mereka itu teguh beriman kepada aku walaupun mereka tidak pernah melihat kepada aku.”, kata Baginda Rasulullah saw sambil menangis.
..
Alangkah rindunya Baginda Rasulullah saw kepada kita. Sebab apa ? Sebab rindunya hatinya Baginda Rasulullah saw yang begitu suci sehingga alangkah terangnya melihat akan Ummatnya walau pada zaman bila pun dan keadaan mana pun diingati oleh Baginda Rasululullah saw.
Daripada :
Al-Habib Najmuddin Othman Al-Khered hafizohullah.
Lepas habis baca ni, berhenti sekejap dari buat apa-apa. Selawatlah.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan