Khamis, 15 November 2018

MAYAT YANG BERBICARA SELEPAS KEMATIANNYA

MAYAT YANG BERBICARA SELEPAS KEMATIANNYA

Imam az-Zahabi di dalam kitab Siar a'lami an-Nubala membawakan sebuah 'atsar daripada Aisyah r.ha berkata, bahawa aku mendengar daripada Rasulullah saw, beliau bersabda : "Akan ada daripada umat ku nanti, yang akan berbicara setelah kematiannya".

Pada zaman Rasulullah saw terdapat seorang pembesar kaum yang bernama Hirash bin Jahs. Baginda Rasulullah saw pernah menghantarkan sepucuk surat kepada beliau untuk mengajak beliau kepada islam. Sebaik sahaja beliau menerima surat tersebut, beliau telah mengoyak-ngoyakkan surat itu.

Namun dengan kemurahan rahmatNya, anak-anak beliau telah memeluk islam, bahkan telah menjadi orang-orang besar di dalam sejarah islam. Imam Ali Ibnu al-Madini menuliskan, Harash bin Jash memiliki 3 anak lelaki, Raabi', Ribe', dan Masu'd.

Raabi' dan Ribe', kedua- dua mereka adalah tabi'in yang masyhur dengan kesalihan mereka. Bahkan mereka berdua telah bersumpah ketika hayat mereka untuk tidak akan tertawa sehinggalah mereka mengetahui tempat mereka di dalam syurga. Kisahnya seperti mana yang pernah saya tuliskan sebelum ini.

Adapun abang mereka Masu'd bin Hirash pula, para ulama berselisih pendapat dalam menentukan status beliau, adakah beliau sempat bersuhbah dengan Rasulullah saw atau pun tidak. Imam al-Bukhari telah meletakkan nama beliau di antara para sahabat Rasulullah saw. Namun perkara ini telah dibantah oleh Imam Abu Hatim dan ramai para muhaddisin lainnya.

Seperti adik-adiknya, Masu'd juga terkenal dengan kesalihannya. Adiknya Ribe' pernah menceritakan, apabila abang ku Masu'd meninggal dunia, (Sebahagian para ulama mengatakan kisah ini berlaku kepada Raabi').  Kami telah mengutuskan seseorang untuk membelikan kain untuk digunakan sebagai kaffan beliau. Orang tadi telah pergi dengan kadar yang agak lama.

Sementara itu kain yang menutupi jenazah Masu'd telah terselak, lalu memperlihatkan wajahnya. Tiba-tiba kami mendengar beliau berkata : Assalamualaikum!. Memdengarkan itu, seluruh ahli rumah telah terkejut. Setelah menjawab salamnya, mereka bertanya kepadanya, "Adakah kamu berbicara setelah kematianmu?".

Beliau menjawab : Ya, aku telah bertemu dengan Tuhan ku. Dan aku pendapatiNya tidak murka kepada ku. Dia telah menyambutkan dengan kemesraan, wangi-wangian, serta sutera-sutera yang indah. Dan Ingatlah kamu semua, Abu Qasim (gelaran Rasulullah saw) sedang menunggu untuk solat ke atas jenazah ku, maka bersegeralah kalian!.

Apabila peristiwa ini di sampaikan kepada Ummu Mukminin Aisyah r.ha, beliau telah berkata, dahulu kami selalu tertanya-tanya siapakah gerangan umat Rasulullah saw yang akan berbicara setelah kematiannya. /Maka inilah orangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan