Selawat khusus pada hari Jumaat ianya di amalkan selepas asar.
Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak 80 kali pada hari Jumaat, Allah swt akan mengampunkan dosanya sebanyak 80 tahun. Telah ditanya; Wahai Rasulullah s.a.w, Bagaimanakah selawat itu? Baginda menjawab “Allah humma solli ala muhammadin abdika wa nabiyyika wa rasulikan nabiyyil ummi” (Ya Allah, limpahkanlah rahmat kepada Sayidina Muhammad seorang hamba, Nabi dan utusanMu yang ummi”) [Al-Qawl al-Badee’; Al Muassah al-Rayyan; Takhreej Al-Ihya; Dar Al-Hadith)
Selawat pada hari Jumaat 80 kali boleh menghapuskan dosa. Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang menyatakan:
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah (SAW) bersabda “Sesiapa yang membaca selawat seperti ini sebanyak lapan puluh kali sejurus selepas sembahyang Asar pada Hari Jumaat, sebelum bangun dari tempat sembahyangnya, akan diampunkan dosanya sebanyak 80 tahun dan diberikan pahala 80 tahun ibadah.
Allahumma Solli ‘Alaa Muhammadinin Nabiyyil Ummiyyi wa-’Alaa Aalehi wa-sallim Tasleyma.[Al-Jami Al-Saghir; Allamah Sakhaawi RA dalam Al-Qawl al-Badee’; Imaam Daraqutni RA and Al Muassah al-Rayyan]
Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesungguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakah selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekelian Nabi. (Riwayat Abu Dawud dengan isnad sahih.)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) “. (Riwayat Al Baihaqi)
Marilah Berselawat.
BERZIKIRLAH DALAM MAJLIS ZIKIR SELAWAT LEPAS ASAR HARI JUMAAT
Keistimewaan Waktu Antara Sholat Ashar dan Sholat Magrib Pada Hari Jum'at
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam bersabda,
يَوْمُ الْجُمُعَةِ اثْنَتَا عَشْرَةَ سَاعَةً، لاَ يُوجَدُ فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ اللَّهَ شَيْئًا إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ
“Hari Jum’at itu dua belas saat, tidak ada seorang muslim pun yang memohon sesuatu kepada Allah (pada salah satu saat) kecuali Allah akan mengabulkan permohonannya, maka carilah (waktu pengabulan itu) di akhir saat setelah Ashar.” [HR. An-Nasaai dari Jabir bin Abdullah radhiyallahu’anhuma, Shahihut Targhib: 703]
At-Tirmidzi rahimahullah berkata,
ورأى بعض أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم وغيرهم أن الساعة التي ترجى بعد العصر إلى أن تغرب الشمس
“Dan sebagian ulama, baik dari kalangan sahabat Nabi shallallahu’alaihi wa sallam maupun selain mereka berpendapat bahwa waktu yang diharapkan terkabulnya doa tersebut adalah ba’da Ashar sampai matahari terbenam.” [Shahihut Targhib, 1/171]
#HAILALAH
KEUTAMAAN SELAWAT FATIH
Memperbanyakkan selawat keatas Rasulullah SAW dapat menyemarakkan kecintaaan dan kerinduan kita terhadap Rasulullah SAW dan sebagai satu jalan untuk meraih keredhaan Allah SWT. Pada kali ini kita akan membincangkan salah satu dari galaksi selawat yang mempunyai kesan dan impak yang besar kepada rohani iaitu SELAWAT AL-FATIH.
Berikut adalah teks selawat al-Fatih
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ، الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ، نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ، وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيْمِ وَعَلىَ آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيْمِ
(Allahumma shalli wasallim wabaarik ‘alaa sayyidinaa Muhammadinil faatihi limaa ughliqa, wal khaatimi limaa sabaqa wannaashiril haqqi bilhaqqi, walhaadii ilaa shiraatikal mustaqiimi, wa ‘alaa aalihi haqqa qadrihii wamiqdaa rihil ‘adzhiim.)
Ertinya: “Ya Allah berikanlah selawat kepada penghulu kami Nabi Muhammad yang membuka apa yang tertutup dan yang menutupi apa-apa yang terdahulu,penolong kebenaran dengan kebenaran yang memberi petunjuk ke arah jalan yang lurus. Dan kepada keluarganya, sebenar-benar kemuliaan padanya dan kedudukan yang amat mulia.”
Selawat ini disusun oleh al-'Arif al-Kabir Sayyid Muhammad al -Bakri, salah seorang dari keturunan Rasulullah SAW.
Selawat al-Fatih adalah salah satu ciri khas dari Tarekat Tijani. Diantara keistimewaan selawat Fatih ialah lafaznya yang tidak menyimpang dari ayat atau kandungan Alquran,tetapi harus diingat bahawa Selawat al-Fatih bukan sebahagian dari ayat Alquran.
Syeikh Ahmad Tijani ra. belum pernah memberi suatu pernyataan sedikitpun bahawa Selawat al-Fatih itu sebahagian dari ayat Al-Quran, kitabullah, hadis qudsi atau wahyu kenabian. Cuma dinyatakan konteksnya adalah tidak lari dari kandungan ajaran al-Quran dan Hadis.
Beliau juga belum pernah menyatakan Selawat al-Fatih lebih utama dari Al-Quran atau mengimbanginya. Tidak ada satu kalam pun yang melebihi Alquran, begitulah yang ditegaskan oleh Syeikh Ahmad Tijani.
Selawat kepada Nabi Muhammad SAW ada yang menggunakan wasallam /wasallim dan ada yang tidak menggunakan wassallam atau wassallim.
Ketika Syeikh Ahmad bin Muhammad ditanya: Mengapa Selawat al-Fatih tidak ada wasallim-nya ? Beliau menjawab:
"Haakazaa minal ghaaib" (demikianlah dari al-ghaib). Lama sekali Al-Qutb Asy-Syeikh Muhammad bin Abil Hasan Al-Bakri As-Siddiq beribadah, munajat dan mohon kepada Allah SWT agar diberi selawat yang pahala-pahala, sirr-sirr, faidah-faidah dan keistimewaan semua selawat masuk di dalamnya. Kemudian malaikat datang membawa kain bertuliskan Selawat al-Fatih dengan tulisan cahaya, sebab itu diberi nama Selawat Al-Bakriyah sebagaimana juga diberi nama Al- Yaaqutatul Faridah- permata Yaqut yang tidak ada duanya,tetapi kemudian terkenal dengan Selawat al-Fatih.
Setelah 16 tahun (1180-1196 H) dalam usia 46 tahun Al-Qutbul Maktum Asy- Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syarif Al-Hasani At-Tijani ra. berjumpa Sayyidul Wujud SAW dalam keadaan jaga tidak dalam tidur/mimpi dan diberi ijazah Selawat Al-Fatih dan diberi penjelasan tentang pahalanya, sirr-nya,faedahnya dan keistimewaannya juga tingkatan memberi ijazah pada orang lain.
Bermimpi Rasulullah dengan Selawat Al- Fatih
Bermimpi melihat Rasulullah adalah haq, di dalam Hadits dijelaskan:
“Barangsiapa yang melihatku dalam mimpi, dia benar-benar melihatku. Karena syaitan tidak mampu meniru rupa diriku. ” (HR.Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain yang artinya:“Barangsiapa melihatku dalam mimpi maka dia benar benar telah melihatku. “
Imam Nawawi berkata:
"Melihat Rasulullah adalah salah satu kegembiraan yang luhur dan berita gembira yang agung. Allah mengkhususkan hal itu bagi orang-orang yang dicintaiNya.
Melihat Rasulullah SAW adalah hak yang umum bagi setiap orang mukmin dan muslim, baik saleh ataupun tidak saleh, namun bentuknya berbeza-beza sesuai dengan perbezaan sumber yang
keluar dari hati mereka, kebersihan, dan kesediaan mental mereka."
Salah satu cara berjumpa Rasulullah dalam mimpi yaitu dengan membaca Selawat Al-Fatih yang terdapat didalam kitab Maghnatisul Qabul Fil Wushul Ila Ru'yati Sayyidina Rasul karya Syaikh Hasan Muhammad Syiad Ba'Umar .
Diriwayatkan:
· Barangsiapa membacanya sebanyak 1000 kali pada malam Khamis atau malam Jumaat atau malam Isnin maka orang itu akan berkumpul bersama Nabi.
· Pembacaan selawat tersebut dilaksanakan selepas solat sunnah empat rakaat,berniat solat hajat dengan 2 salam. Pada rakaat pertama setelah surat Al-Fatihah membaca surat Al-Qodr tiga kali
· Pada rakaat kedua surat Al-Zalzalah tiga kali
· Pada rakaat ketiga surat Al-Kafirun tiga kali dan
· Pada rakaat keempat membaca surat Al- Mu’awwizatain (Al-Falaq dan An-Nas) tiga kali
· Pada saat membacanya bakarkanlah kayu gaharu
Hal yang penting dalam melakukan riyadhah ini seperti yang dicontohkan oleh ulama- ulama terdahulu adalah dengan
menumbuhkan kecintaan yang dalam terhadap Rasulullah. Dengan kecintaan ini akan membuat hubungan kerohanian yang dekat dan tersambung dengan setiap lafaz selawat atau maulid yang kita baca dalam memuji dan mengagungkan Rasulullah.
Sumber
· Al-Fathur Robbany karya as-Sayyid Muhammad bin Abdillah asy-Syafi`i ath- Thoshfaawy at-Tijany hal 99-100)
Thariqat Tijaniyah
Mengemban Amanat Rahmatan lil Alamin , KH A.Fauzan Adhiman Fathullah, Yayasan Al-Anshari, 2007.
al-Yaqutah al-Faridah, Ibnu abil Wahid al-Nazifi.
Fb Ust Iqbal Al Jauhari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan