Ahad, 11 November 2018

Kisah Jutawan Hamba Allah

Tiada yang mustahil kerana semuanya milik Allah...

Kisah ringkas jutawan mesir salah atiyyah
Seorang millionaire mesir..
Bernama solah atiyyah..

Pada permulaan ceritanya
Ia terjadi di
di satu daerah terpencil yang bernama..
Tafahna asyraf
Iaitu pekannya adalah di mit ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri daqahliah di mesir...
Kisah nya bagi saya amat menarik...

Ia bermula apabila..
Ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di mesir...
Mereka ini mengalami masaalah kewangan yang mencengkam hidup mereka..
Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat satu pekerjaan....

Maka mereka memilih untuk menternak ayam sesuai dengan kemahiran yang mereka ada...
Tetapi....
Mereka mencari orang yang kesepuluh untuk di jadikan rakan kongsi yang boleh mereka kongsikan...

Maka...
Tunggu punya tunggu orang kesepuluh masih belum ada..
Mereka bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound egypt....
Ada yang menjual gelang emas rantai isteri......
200 pound atau junaih mesir ini teramat amat sedikit sebenarnya.....
Tetapi bagi mereka amat besar untuk pertama kalinya mereka memulakan perniagaan...

Tiba tiba..
Datang salah seorang dari sahabat yang 9 org ini yang bernama  muhandis ir solah atiyyah
Beliau berkata...
Aku sudah temukan orang yang ke sepuluh yang bakal join kita punya syarikat...
Maka sahabat2 nya  bertanya..
Siapa dia ???

Maka solah atiah pun berkata..
Dia adalah Allah...
Allah akan jadi yang kesepuluh yang akan campuri urusan perniagaan kita..
Jika ada keuntungan..
10 % peratus kita beri pada allah.....
Dan kita sepakat untuk biarkan Allah uruskan syarikat kita..
Menjaga..
Melindungi..
Dan berikan keamanan daripada dugaan..
Maka semua bersetuju dengan janji ini.

Maka surat perjanjian pun ditanda tangani...
Dengan menjadikan allah yang kesepuluh dalam syarikat ini...
Dan 10 peratus dari keuntungan ini adalah hak milik allah..
Dan sebagai ganti...
Allah menjaga segala  apa apa yang berkaitan dengan keamanan keuntungan syarikat..
Maka selesai ditanda tangani di bulan itu..

Maka ..
Pusingan modal yang pertama itu...
Menghasilkan keuntungan yang sangat besar.....
Masuk pusingan modal yang kedua...
Semua bersepakat untuk menaikkan peruntukkan hasil keuntungan sebanyak 20 peratus untuk Allah...
Sehinggalah semakin hari semakin bertambah keuntungan..
Sehinggalah mereka menaikan peruntukkan untuk allah sebanyak 50 peratus dari hasil keuntungan...

Di sini ada persoalan...
Bagaimana caranya mereka menggunakan keuntungan yang di beri kepada yang kesepuluh itu iaitu Allah???

Dengan cara..
Mereka membina sekolah agama untuk peringkat tadika iaitu taska.....untuk kanak2 lelaki..
Kemudian
Mereka membina sekolah agama tadika untuk kanak2 perempuan..

Kemudian mereka membina maahad untuk peringkat rendah bagi lelaki......
Kemudian mereka membina sekolah maahad rendah bagi perempuan
Kemudian mereka membina maahad peringkat menengah untuk lelaki dan juga perempuan

Kemudian..
Disebabkan keuntungan yang berlipat kali ganda..
Mereka pun mula mencipta baitul mal untuk.membantu.orang2 susah..
Kemudian mereka mula.memikirkan untuk.membina sebuah universiti didalam kampung itu....

Pada mulanya mereka mula membuka peluang kerja bagi yang memerlukan..
Tetapi ramai yang.menolak..
Kerana kampung itu tidak ada pengangkutan yang mudah.....
Dan tidak ada station keretapi untuk.menghubungkan mana mana tempat dgn mudah. Dan kebiasaannya..
Kuliah university mesti lah di bandar besar bukan si kampung

Disebabkan tiada org yang mahu berkerja di universiti yang di bangunkan..
Mereka pun berfikir untuk.membina sebuah station keretapi...
Yang memudahkan orang untuk datang ke kampung itu....
Dan mereka pun membuka peluang kerja ini kepada siapa yang mahu...

Dan untuk.pertama kalinya..
dalam.sejarah mesir....
Terbinanya sebuah universiti didalam satu kampung yang kecil....
Dan universiti daripada satu bertambah besar jadi dua tiga empat..
Kemudian mereka membina perumahan untuk pelajar yang memuatkan seramai 600 orang pelajar..
Dan mereka.membina asrama pelajar yang memuatkan seramai 1000 orang pelajar..
Dan mereka berjaya membuat station keretapi..
Sehinggakan para pelajar boleh mendapatkan tiket percuma untuk mereka pulang ke kampung..

Mereka berjaya membina baitulmal sehingga tiada seorang pun yang fakir di kampung itu..
Kemudian mereka cuba untuk buat perkara yang sama di kampung2 berhampiran....
Sepanjang kerja ini berjalan....
Sekali pun syeikh ir solah atiyyah tidak menziarahi kampung ini melainkan ia hanya ziarah di baitul mal yang di cipta oleh mereka.
Dan syeck solah berkerja di situ.
Maka mereka dapat membantu orang2 fakir..janda janda orang2 yang tidak punya pekerjaan..
Diberi peluang kerja sehingga punya kerja

Kemudian..
Mereka dapat mengagih2kan makanan berupakan sayur sayuran bijirin2 hasil dari keuntungan..
Di beri kepada masyarakat yang memerlukan atau yg tidak memerlukan
Kemudian pada bulan ramadan..
Mereka membuat iftar majlis berbuka puasa secara beramai ramai di bawah kemah besar......
Yang diberi kepada sesiapa sahaja yang datang..

Kemudian mereka berjaya mengahwinkan perempuan2 anak anak yatim .....
Dan ini adalah sedikit sebanyak kebaikan yang di lakukan oleh mereka bersembilan antaranya adalah syeckh solah atiah
Dan yang terakhir..
Semua bersepakat..
Yang semua syarikat  ini adalah milik Allah....

Yang mana..
Ir solah atiah ini.
Telah menukar..
Daripada asalnya..
Allah adalah rakan kongsi yang kesepuluh...
Dan akhirnya mereka menyerahkan sepenuhnya jiwa mereka.untuk.berkhidmat pada Allah..membantu ummat.
Tetapi mereka.meletakkan syarat pada Allah.
Agar...
Semoga Allah tidak.memberikan mereka kefakiran..
Kisah2 ini tidak di ceritakan dalam media2 tempatan...
Dan pada hari ini...
Ini lah gambar  jenazah ir solah atiah...
Yang telah pun kembali kerahmatullah..
Al Fatihah.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan