Isnin, 12 November 2018

SIR (RAHSIA) DAN HAKIKAT YANG TERKANDUNG DI DALAM SELAWAT

SIR (RAHSIA) DAN HAKIKAT YANG TERKANDUNG DI DALAM SELAWAT

Ketahuilah bahawasanya selawat ke atas baginda Nabi ﷺ itu, الله akan menjamin kpd sesiapa yang berselawat keatas baginda Nabi ﷺ dengan jaminan tuhan akan berselawat kpd org yang berselawat tu tadi dgn 10 kali selawat,
Setiap satu selawat drp selawat2 ke atas Nabi, dia datang daripada Allah terhadap hambanya dengan 2 rahsia :-

Rahsia yang pertama :-

- Bahawasanya org berselawat ke atas baginda ﷺ wajibla atas Nabi kita ﷺ membalas akan org yang berselawat keatasnya mengikut kaedah “hukum pemurah hati itu disisi org yang bersifat pemurah dan bahawasanya ihsan buat kebajikan terhadap orang yang pemurah itu tidak disia-siakan" sedangkan mensia-siakan sifat ihsan itu (sifat kebajikan itu) di sisi orang pemurah itu adalah satu kebatilan.

Sebagai peringatan, Rasulullah bukan sekadar sebagai seorang yang tersangat pemurah bahkan baginda ﷺ adalah asal usul ataupun diri عين kpd sifat kemurahan itu, yang mana beliau ﷺ telah memberikan atas kewujudan dgn sebab wujudnya, bukan lah sifat pemurah itu sekadar sifatnya sahaja bahkan asal sifat pemurah itu dirinya atau daripadanya, tiadalah setiap sifat pemberian2 Ilahi itu datang melainkan baginda ﷺ adalah wasilahnya (penghubung nya), baginda ﷺ adalah punca kpd sifat pemurahnya Ilahi, maka wajiblah keatasnya membalas keatas sesiapa yang berselawat atasnya daripada arah ini dan tatkala mana dia mengarah kpd ini Allah mengganti dr pihak baginda nabi ﷺ membalas terhadap orang yang berselawat ke atasnya, moga2 Allah berselawat dan salam atas ihsannya baginda ﷺ yang berselawat atasnya Allah pada setiap satu kali selawat dengan 10 kali selawat.

Rahsia kedua :

- Bahawasanya Allah tersangat kasih dan memberi bantuan akan baginda ﷺ barangsiapa yang Allah Ta'ala melihat akannya berselawat atas nabi ﷺ ia akan mngambil peduli kepadanya dan menyukainya kerana cinta dan kasihnya kpd habibnya baginda nabi saw, cinta n kasih tu atas sebab selawat atas Nabi ﷺ , adalah mahabbah dan inayah allah apabila berterusan berselawat kpd baginda ﷺ kalau didatangkan dosa2 ahli bumi keseluruhannya daripada awal kejadian alam ini sehingga akhirnya bekali2 ganda nescaya akan memasukn keseluruhan dosa2 tersebut di dalam lautan kemaafanNya dan kurniaanNya, dan Allah muamalah dgnnya sehingga tercapai cita-citanya di negeri akhirat dengan menyampaikan akannya hanya pd setinggi2 martabat redanya Allah, adalah hukumnya disisi ghaib tatkalamana malaikat naik kpd الله ﷻ dgn membawa lebaran2 amalannya y dpenuhi dgn perkara yang tidak baik, Allah berkata kpd para malaikat sesungguhnya dia ada inayah terhadap kekasihnya nabi ﷺ maka tiadalah jadi kejahatan2 yang dilakukannya spt mana kejahatan2 selainnya dan xlah diambil kira atasnya pd kejahatan2 yang dilakukan spt blaku diatas slainnya drp org2 jahat.

Dari arah ini selawat lebih afdal kepada ahli zaman ini, apakah wijhah (arah itu)?:-

1. Barangsiapa selawat atas nabi ﷺ maka dia melayakkan redo الله ﷻ kerana ia mngutamakan kekasih الله ﷻ
2. Bgtu juga selawat diterima sama sekali atas apa jua keadaan org yang berselawat tersebut walau dia naik ke hadrah الله ﷻ  penuh dgn dosa2 dan  kejahatan2 tp dosa2 kjahatan2 trsbut akan hilang dengan kebesaran keberkatan selawat atas baginda nabi ﷺ

❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐

((Sir (RAHSIA) didlm selawat keatas baginda Nabi ﷺ  CARA HAQIQAT))

Lihat lah selwat kita kpd baginda saw :-
اللهم صل على سيدنا محمد
Wahai tuhan selwatlah keatas sayidina nabi مُحَمّد ﷺ ....

Kita da biasa dgn kalimah itu shingga kita xmenyedari...

Asal kita nk selwat keatas nabi ﷺ patut nya kene kata “AKU berslwat keatas nabi ﷺ ........“ krna itu jawb dari perintah tuhan يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Wahai org beriman SELAWATLAH KAMU SEMUA keatas nya...

Arahan drp tuhan ialah wahai org beriman selawatlah atasnya, jd sbnrnya semulajadi kene jawab ayat itu/perintah itu dgn “AKU SELAWAT atas baginda nabi .....”

tp SEBAB APA KITA TAFWID MENYERAHKANnya kpd الله ﷻ ???

- Jd inilah satu RAHSIA BESAR itulah nama MAQAM ATAU HADRATU JAHLI “kejahilan agung dgn haqiqat baginda ﷺ”
- jd satu soalan BAGAIMANA kita nk selawat nk puji satu makhluk y kita sndri  x kenal dan xboleh kenal cara mutlaq (haqiqat), xboleh dunia n akhirat xada org sampai tahu siapakah rasulullah ﷺ bukanlah siapakah nama siapa itu مُحَمّد ﷺ krna ia satu haqiqat y tertutp ddunia n diakhirat jd dgn sb itulah kita dgr selwat itu kita “I’tiraf dgn fahaman ini” , “ wahai tuhan kita xkenal haqiqat makhluk ini/makhluk ilahi y tersembunyi(makrifah haiqatnya) makhluk y xada siapa boleh kenal (haqiqatnya) , jd sb itulah kita tafwid mewakili tuhan tuk selwat atas nabinya, krna dialah shaja y mengenal haqiqat nabi nya ﷺ krna sabda nabi ﷺ  :-

‎ما عرفني حقيقة غير ربي
Tidaklah mngenaliku scara haqiqat melainkn tuhanku

Krna scra jasmani sume boleh mngenalinya adapun scra HAQIQAT xada sapa bolh mngnalinya melainkan الله تعالى..

Dan itulah “rahsia agung” y terkandung ddlm selwat , iaitu “maksud I’TIRAF SEGALA MAKHLUK DGN KEJAHILAN MEREKA TERHADAP BAGINDA ﷺ”

Jadi lihatlah hadis nabi
‎من صلى علي صلاة واحدة صلى الله عليه عشر
Barangsiapa y slwat keatasku sekali ALLAH akn selawat ke atasnya 10x..

- Haqiqatnya y berslwat keatas nabi ﷺ  dan y mnjwab bg org y bslawat atas baginda nabi ﷺ adalah الله ﷻ ....

Kita mewakilkn tuhan tuk berslwat kpd baginda dgn selwat
Wahai tuhan selwatlah keatas nabi ﷺ krna i’tiraf kejahilan n lemah tuk mngetahui haqiqat nabi ﷺ  tidak dpt tahu hakikatnya melainkn engkau, itulah dinamakan “maqam ajzi”... wallahualam

Petikan drp majlis ilmu talaqi kitab JAWAHIRUL MA’ANI bersama Murabbi Sayidi Syarif Ahmad Al Hadi Al Hasani Al Maghribi dan penterjemah sidi Almaghribi Alfaasi rahimahumullah

SELAWAT AL-FATIH

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩

سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.

Selawat fatih
asal usul dan kelebihannya

بسم الله الرحمن الرحيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا
أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.

Segala puji bagi Allah yang membuka daripada kunhil ghoib akan tampalan kaa-inaat. Dan menjadikan asal kunhi itu dan timbulnya akan Nur Hakikat Sayyidina Muhammad. Maka adalah Nur Hakikat Sayyidina Muhammad itu asal Maujudaat. Maka mengada daripada Maujudaat dengan KekuatanNya yang bangsa Qudsi dan KalamNya yang bangsa Azali, fitrah semula jadi anak Adam. Dan menjadikan rangka fitrah anak Adam rupa alam dan mengajarkan anak Adam akan Asma’ sekeliannya. Dan menjadikan anak Adam daripada sekelian ciptaanNya sebagai rumusanNya dan pilihanNya. Maka bagiNya pujian bahawa telah menjadikan akan Nabi yang terpilih sebagai salinan asal yang sempurna lagi agung bagi semata-mata tiada dan ada. Dan telah membuka atas kedua tangan Rasulullah itu khazanah-khazanah yang kamilah bagi kemuliaan dan kemurahan.

Dan aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang satu pada zatNya, yang satu pada Asma’Nya dan SifatNya. Dan aku bersaksi bahawa Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam hambaNya dan utusanNya yang dimuliakan dan kekasihNya yang diagungkan dan NurNya yang Mutholsam dan jalanNya yang sempurna yang lurus. Telah berselawatlah oleh Allah atasnya dan atas keluarganya yang suci lagi terpilih dan pencinta Rasulullah dari golongan yang baik-baik dan begitu juga telah sejahteralah dengan sebenar-benar sejahtera.

Dan selepas itu, maka ketahuilah wahai penggemar pada hendak sampai kepada hadrat Tuan bagi segala Tuan bahawa pintu hadrat itu satu jua, iaitu kasih akan Nabi yang suka bertaubat Shollallahu Alaihi Wasallam Wa Jumlatil Ali Wal Ashhab. Telah berkata Hujjatul Islam Mujaddidul Millah As-Syeikh Abd Wahhab As-Sya’rani As-Syafie Al-Alawiy Radhiyallahu Anhu dalam Kitab Lawaqi-’ul Anwar al-Qudsiyyah fil ‘Uhuudil Muhammadiyah :

“Ketahui wahai saudaraku bahawa jalan untuk sampai ke hadrat Allah Subhanahu Wa Taala daripada jalan berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam adalah sedekat-dekat jalan kepada Allah.” Dan telah berkata olehnya lagi Radhiyallahu Anhu pada tempat yang lain.“Maka jika membanyak oleh engkau daripada berselawat dan bersalam atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam boleh jadi engkau sampai kepada maqam melihat Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wassalam.

Dan iaitulah cara yang dibawa oleh as-Syeikh Nuruddin as-Syuuni dan Syeikh Ahmad az-Zawawi dan as-Syeikh Muhammad bin Daud al-Manzalaawi dan satu kelompok daripada syeikh-syeikh sezaman. Maka berkekalanlah setiap daripada mereka berselawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam. Dan membersih oleh mereka daripada segala dosa(yakni berselawat) sehingga berhimpun bersama Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam secara Yaqozhoh pada bila-bila masa yang dikehendaki. Dan sesiapa yang tidak berhasil baginya akan pertemuan ini (berhimpun bersama Rasulullah) maka adalah dia hingga sekarang ini (masa tidak bertemu lagi) tidak memperbanyakkan membaca selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam akan sebagai banyak yang dituntut bagi menghasilkan baginya maqam ini.”

Dan telah berkata Ibnu Farhun al-Qurthubi al-Maliki Radhiyallahu Anhu :“Sesungguhnya pada selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam ada 10 karomah :

1. Yang terbesar dapat selawat daripada Raja Yang Maha Gagah.

2. Mendapat syafaat Sayyidina Muhammad.

3. Mengikut sunnah Malaikat.

4. Menyalahi orang-orang Munafik dan Kuffar.

5. Memadamkan kesalahan dan dosa.

6. Membantu menunaikan hajat dan permintaan.

7. Menyinari zahir dan batin.

8. Kejayaan dari negeri kebinasaan.

9. Memasuki negeri yang kekal abadi.

10. Ucapan selamat dari Allah.”Dan telah berkata as-Syeikh al-Hadhrami Radhiyallahu Anhu :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam satu tangga, tempat naik, dan jalan kepada Allah Taala sekiranya tiada bagi Tholib itu Syeikh yang Mursyid.”

Dan telah berkata anak muridnya al-Wali al-Kamil Sayyidi Ahmad Zuruq al-Maliki Radhiyallahu Anhu tuan al-Qowa-idush Shufiah :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam mengangkat semangat orang yang sedang berhadap jika adalah orang itu pada maqam yang terumbang-ambing kerana bahawasanya menyebut selawat itu Nur dan Hidayah.”

Dan telah berkata al-Allamah al-Kamil al-Wali al-Washil as-Syeikh as-Sunusi Radhiyallahu Anhu :
“Sesiapa tiada Syeikh yang Mursyid maka memperbanyaklah oleh dia daripada selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam. Maka sesungguhnya selawat itu menyampaikan kepada pembukaan yang nyata.”

Dan telah berkata Syeikhul Islam al-Hafidz Ibnu Hajar :
“Sesungguhnya selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam membuka kimia kejayaan akan beberapa pintu yang tidak boleh dibuka oleh yang lainnya.”

Dan terdapat didalam Bughyatus Saalik bagi Imam as-Saahili Radhiyallahu Anhu :
“Bahawa diantara sebesar-besar hasil dan sebaik-baik faedah yang diusahakan dengan selawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam ialah dgn tergambar (wajah) Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam pada diri seseorang itu akan sebagai gambaranyang melekat yang berakar umbi.
Dan untuk demikian itu akan menghasilkan – dengan syarat mengekali atas berselawat atasnya Shollallahu Alaihi Wasallam dengan tujuan yang ikhlas serta mengikut syarat-syarat, adab-adab dan memahami makna-makna hingga tetaplah pada seseorang itu di dalam batinnya akan sebagai tetap yang benar lagi suci – cantuman nafas orang yang berselawat dengan nafas Sayyidina Muhammad Shollallahu Alaihi Wasallam.
Dan bermesra-mesra diantara keduanya pada tempat yang dekat dan suci akan sebagai mesra yang dengan sekira-kira tidak dapat dibezakan lagi. Maka seseorang itu beserta sesiapa yang disayanginya.”

Cukuplah setakat ini kami jernihkan segala kekeruhan yang ada yang kami pindahkan daripada perkataan orang-orang yang baik-baik. Maka sesungguhnya tiada kemampuan hendak dihuraikan kesemua perkara ini.
Dan telah memindah sekelompok orang-orang yang Muhaqqiq daripada Jumhur Arifin yang Muta-akkhirin Radhiyallahu Anhum :

“Bahawa ibu selawat dan puncanya dan ruhnya dan rahsianya, selawat yang dinamakan dengan al-Yaquutatil Faridah dan masyhur diantara manusia dengan Selawat al-Fatih. Dan mengisyaratkan kepadanya di sisi pemimpin al-Arifin dengan pembukaan Hakikat Muhammadiyyah.
#Dan orang yang pertama menzahirkannya ialah al-Qutbil al-Kamil as-Syeikh al-Washil, pensyarah titik ba’ pada basmalah di dalam 2000 majlis, Muhammad Mushthofa al-Bakri as-Shiddiqi al-Kholwati Radhiyallahu Anhu. Maka sesungguhnya telah bertawajjuh olehnya kepada Allah selama 40 tahun memohon bahawa diberi satu selawat yang padanya terkandung sekelian rahsia selawat.
Maka datanglah Malaikat dengan cebisan kertas daripada cahaya yang ditulis padanya Selawat Fatih. Dan telah berkata olehnya Radhiyallahu Anhu : Sesiapa yang membacanya sekali seumur hidup padahal memasuki ia akan neraka maka peganglah tangan aku di hadapan Allah.”

Dan telah berkata pada Selawat Fatih oleh al-Qutbil Maktum wal-Khatmil Muhammadiyyil Maklum Sayyidi Ahmad At-Tijani al-Hasani Radhiyallahu Anhu Wa Ardhohu Wa ‘Anna Bihi, memindah dari Sayyidil Wujud Shollallahu Alaihi Wasallam(yg menerima secara yaqazah) :

“Sesungguhnya khasiat Selawat Fatih Lima Ughliq perkara yang bangsa Ketuhanan yang tidak ada jalan untuk diterima akal. Maka jika engkau andaikan ada 100 000 umat, pada setiap umat ada 100 000 kabilah, pada setiap kabilah ada 100 000 lelaki, hidup setiap seorang daripada mereka 100 000 tahun menyebut setiap seorang daripada mereka setiap hari 100 000 selawat atas Rasulullahi Shollallahu Alaihi Wasallam daripada selawat yang lain, dan dihimpun pahala mereka kesemuanya pada selawat yang tersebut itu, tidaklah dapat menandingi sekelian pahala itu dengan satu pahala daripada Selawat Fatih.”

Maka jangan peduli pembohongan orang yang suka berbohong serta suka mencari keburukan pada Selawat Fatih. Maka sesungguhnya kelebihan itu di tangan Allah.
-Memberi olehNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Maka sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala satu kelebihan yang keluar dari ruangan qias akal manusia yg terhad..

Maka sangat baik dan bermanfaat dan terang maksud pada mensyarahkan Selawat al-Yaqutah yang tersebut.
Marilah kita sama2 memohon kepada Allah SWT dengan kehormatan kunci Hadrah Kemulian dan Kemurahan iaitu Sayyidina Muhammad SAW yang merupakan pasak dan punca setiap maujudat/makhluk yg membuka bagi kita dan sahabat-sahabat kita Futuh Selawat Fatih.
-Dan melempar akan kita pada martabat Selawat Fatih yang Batin dan martabatnya yang Batinul Batin iaitulah pembukaan Ismul A’azhom yang khas yang tersimpan pada Ismul A’azhom itu kehebatan nama Allah yang Agung lagi Diagungkan dan yang terLebih Agung dan NabiNya yang Terpilih dan Terlebih Mulia.
Dan telah berselawat oleh Allah atas Sayyidina Muhammad Al-Fatih Lima Ughliq al-Khatim dan atas Keluarganya sesuai dengan martabat dan tingkatannya yang agung.

####

SELAWAT FATIH

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أ ُغْلِقَ. وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ. نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ. وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ. وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.“

" Ya Allah Ya Tuhanku  !!!
Selawatlah;!!! 
(berikanlah keagungan sebagai pemberian rahmatmu) atas pemimpin kami iaitu Sayyidina Muhammad. Pembuka bagi sesuatu yang di kunci. Dan penutup martabat hamba Allah yang terdahulu. Lagi penolong kebenaran dengan kebenaran (dengan petunjuk Allah SWT). Dan yg memberi petunjuk kepada jalanMu yang lurus.Dan  atas keluarganya yang bersesuaian dengan martabatnya yang agung  di dunia dan akhirat”

SELAWAT FATIH
Selawat fatih ini dinamakan juga sayyidus selawat/penghulu selawat. .
-selawat ini juga dapat membuka rahsia memahami hakikat Muhammadiah dan pelbagai lagi.
-selawat ini juga disebut dlm kitab Musalli (منية المصلي )dan perukunan (dlm bahasa jawi) sebagai selawat yg sangat mujarabb..
-dan selawat ini memberi ketenangan kpd pengamalnya dan murah rezki..
Dlm apa jua keadaan pun..
Mengamalkan suatu amalan atau zikir .., bukanlah atas dasar mengharapkan ganjaran atau apa2 kepentingan. .
Hanya Semata2 memperhambakan diri kpd Allah SWT. .
💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️💐❤️

Tiada ulasan:

Catat Ulasan