IBU
- Ibu Nabi Muhammad s.a.w bernama Aminah. Beliau merupakan orang Arab Quraisy. Bapa Aminah bernama Wahab Bin Abd Manaf Bin Zuhrah. Aminah dan bapanya tinggal di Kota Mekah. Pada masa itu, Aminah dianggap wanita Quraisy yang paling mulia dari segi keturunan dan kedudukannya. Bapanya merupakan ketua Bani Zuhrah dari segi hubungan nasab dan kemuliaan. Beliau berkawhin dengan Abdullah Bin Abdul Mutallib dan mendapat seorang putera yang
diberi nama Muhammad.
BAPA
- Bapa Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah. Abdullah merupakan anak kepada Abdul Mutallib dan Fatimah Binti Amru Bin Aidh Bin Imran Bin Makhzum Bin Yaqzah Bin Murrah. Beliau berkahwin dengan Aminah Binti Wahab dan mereka tinggal di Kota Mekah. Tidak lama selepas itu, Abdul Mutallib mengutuskan Abdullah untuk ke Madinah bagi mendapatka bekalan-bekalan untuk mereka. Di sana, beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berusia 25 tahun. Harta peninggalan Abdullah ialah 5 ekor unta dan beberapa ekor kambing serta seorang wanita Habsyah bernama Barakah yang diberi gelaran Ummu Aiman yang menjadi pengasuh kepada baginda Rasulullah s.a.w.
DATUK
- Datuk Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdul Muthalib. Beliau merupakan orang Arab Quraisy yang menjadi ketua penduduk Mekah. Abdul Muthalib menginginkan 10 orang anak lelaki kerana menganggap anak tersebut boleh membantu beliau dalam urusan pekerjaan. Beliau bernazar ingin mengorbankan salah seorang daripada anaknya sekiranya Allah mengurniakannya 10 orang anak tersebut. Dia memilih siapakah dalam kalangan anaknya yang perlu dijadikan korban dengan melakukan undian dengan harapan anaknya Abdullah putera yang merupakan anak kesepuluh tidak dikorbankankan. Akhirnya, Abdullah ditukarkan dengan 100 ekor unta atas nasihat pendeta suku Saad. Kesemua unta itulah yang yang dijadikan korban.
~ Anak-Anak lelaki Abdul Muthalib: - 1) Al-Harith
2) Al-Zubayr
3)Abu Thalib
4) Abdullah
5) Hamzah
6)Abu Lahab
7) Al Ghazydaq
8) Al-Miqwam
9) Saffar
10) Al-Abbas
~ Anak-Anak Perempuan Abdul Muthalib:- 1) Ummu Hakim (Al-Bayda')
2) Barrah
3) Atikah
4) Safiyyah
5) Arwa
6) Umaymah
BANI HASYIM
- Bani Hasyim merupakan gelaran kepada anak cucu Hasyim Bin Abdu Manaf. Hasyim Bin Abdu Manaf merupakan moyang kepada baginda Nabi Muhammad s.a.w. Hasyim merupakan Orang Arab Quraisy dan menjadi ketua Kota Mekah. Setelah Hasyim meninggal dunia, Abdul Muthalib menjadi ketua Kota Mekah. Setelah Abdul Muthalib meninggal dunia, Abu Talib pula diamanahkan untuk menjadi ketua Kota Mekah. Nasab keturunan ini merupakan susur galur keluarga yang mulia serta disanjung tinggi oleh penduduk Kota Mekah.
MOYANG (QUSAI BIN KILAB)
- Qusai Bin Kilab merupakan orang Arab yang mula-mula mengumpulkan keturunan Adnan di Kota Mekah. Keturunan Adnan ini merupakan keturunan Nabi Ismail a.s. Keturunan inilah dinamakan dengan panggilan Quraisy. Qusai merupakan orang Arab yang mula-mula sekali menjadi ketua penduduk Kota Mekah. Nabi Muhammad s.a.w. berketurunan Qusai Bin Kilab. Pekerjaan Orang Arab pada zaman tersebut adalah berniaga, bertani, serta menternak binatang. Mereka mempunyai kafilah dagang. Mereka juga berniaga dari Kota Mekah ke utara dan ke selatan Tanah Arab. Selain itu, mereka juga mendirikan pasar seperti Pasar Ukaz. Orang Arab Quraisy merupakan golongan yang terkenal dan mulia.
Video di bawah ini mengenai salasilah Rasulullah s.a.w.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan