Khabar Ghaibiyah.
Al-Allamah Prof. Dr. Sayyid Muhammad bin Alwi bin Abbas Al Maliki berkata :
لا أعظم لتفريج الكربات ولا لد فع المهمات ولالشرح الصدر ولا لإ زالة البلاء ولا لدفع الشر ولا لجلب الرزق
لا أعظم من ورد الصلاة والسلام علي الرسول صلي الله عليه وسلم.
"Tidak ada cara yg lebih baik dan ampuh untuk mengatasi masalah, menolak musibah, melapangkan hati, menghilangkan kegelisahan, menolak musibah, malapetaka, mendatangkan rezeki, selain Memperbanyakkan berselawat kpd nabi Muhammad sollalahu 'alaihi wa aalihi wassalam."
Tidak hanya itu, Subhânallâh, seorang ibu bahagia di alam Barzakh sebab anaknya yang masih hidup mengadakan majlis maulid Nabi ﷺ.
Syekh Abdullah bin Isa al-Ansori bercerita :
كانت بجواري امرأة صالحة ولها ولد صالح فكانت فقيرة لا شيئ لها إلا دينارا واحدا من ثمن غزلها فماتت وكان ذلك الولد يقول: هذا من ثمن غزل أمي والله لا أصرفه إلا في أمر الآخرة
وخرج ذات يوم في حاجة له فمر بقوم يقرءون القرآن وعملوا مولد النبي صلى الله عليه وسلم في ربيع الأول فجلس عندهم وسمع ذلك ثم نام في ليلته فرأى في منامه كأن القيامة قد قامت وكأن مناديا ينادي : أين فلان بن فلان؟ يذكر جماعة. فساقهم إلى الجنة وذلك الشاب معهم. وقال المنادي : إن الله جعل لكم منكم قصرا في الجنة فدخل ذلك الشاب قصرا لم ير أحسن منه والحور العين فيه كثيرة وعلى أبوابه خدام وباقي القصور ألطف من القصر الذي دخل فيه فأراد الدخول فيه فلما هم بالدخول قال له الخدام: ليس هذا لك وإنما هو للذي عمل مولد رسول الله صلى الله عليه وسلم.
فلما أصبح ذلك الشاب صرف ذلك الدينار على مولد النبي صلى الله عليه وسلم فرحا برؤياه, وجمع الفقراء يذكرون الله ويقرءون القرآن ومولده صلى الله عليه وسلم وقص على الجماعة رؤياه ففرحوه بذلك, ونذر أن لا يقطع مولد النبي صلى الله عليه وسلم ما دام حيا ثم نام فرأى أمه في المنام في هيئة حسنة وفي حلل من حلل الجنة ولها رائحة الجنة وقبل يدها وقبلت هي رأسه, وقالت: جزاك الله خيرا يا ولدي لقد أتاني ملك وأعطاني هذه الحلل فقال لها : من أين لك هذه الكرامة ؟ فقالت : لأنك قد صنعت بالدينار الذي ورثته مني مولد سيد الأولين والآخرين ، وهذا جزاء من عظم نبيه وعمل مولده. إهـ
[ترغيب المشتاقين شرح منظومة البرزنجي ص ٤]
Saya punya tetangga seorang wanita solihah yg punya anak yang soleh pula. Ia orang faqir yg tak punya apa-apa kecuali wang 1 dinar (setara emas 4,25 gr) dari hasil ia anyaman. Suatu hari wanita itu meninggal. Maka berkata anaknya tadi, wang 1 dinar ini adalah jerih payah ibuku dari menganyam, demi Allah tidak akan aku belanjakan kecuali dalam hal ukhrawi.
Suatu hari keluarlah anak itu untuk suatu keperluan maka bertemulah ia dengan sekelompok orang yg membaca Al-Qur'an dan merayakan Maulid Nabi Muhammad ﷺ maka ia ikut duduk disitu dan mendengarkan (bacaan maulid hingga selesai). Setelah anak itu tidur menjelang larut malam ia bermimpi seakan-akan kiamat sudah terjadi. Ia mendengar ada orang memanggil-manggil. Dimana fulan bin fulan ? Suara itu menyebut sekelompok orang dan menggiringnya masuk ke syurga termasuk anak tadi. Kemudian terdengar suara. Sesungguhnya Allah subhanahu wa ta'ala memberikan sebuah istana bagi masing-masing kalian di syurga. Kemudian anak itu masuk sebuah istana yg sangat indah tiada tara yg penuh dengan bidadari dengan para pelayan syurga diberbagai tempat yg siap siaga disetiap pintu. Tidak hanya itu, didalamnya ada banyak istana yg lebih kecil dari istana sebelumnya. Ketika anak itu mahu masuk tiba tiba ada suara, Istana ini hanya bagi mereka yg mengadakan acara Maulid Nabi Muhammad ﷺ.
Keesokan harinya anak itu membelanjakan wangnya yg 1 dinar itu untuk merayakan Maulid Nabi Muhammad ﷺ karena bahagia dengan mimpi yg dialaminya semalam. Ia kumpulkan orang-orang fakir, mereka berzikir, membaca Al-Qur'an dan Maulid Maulid Nabi Muhammad ﷺ. Ia menceritakan mimpinya pada jemaah yang hadir dan mereka bahagia mendengar cerita mimpi itu. Tidak hanya itu, si anak bernazar akan selalu buat acara mahu maulid selama hidupnya. Setelah acara selesai anak itu tidur dan bermimpi bertemu Ibunda tercinta dengan dandanan yg sangat cantik dihiasi dengan perhiasan syurga yg sangat indah.
Dari tubuh ibunya terhidu semerbak aroma syurga. Ia cium tangan ibunya dan ibunya membalas dengan mencium kepalanya sambil berkata, Semoga Allah subhanahu wa ta'ala memberikan balasan yg terbaik anakku. Telah datang kepadaku seorang malaikat dan memberiku semua perhiasan ini.
Anak itu bertanya, Dari mana ibu mendapatkan keagungan dan kemuliaan ini ? Ibunya menjawab, Ini kerana engkau merayakan maulid Baginda Rasulillah ﷺ dengan wang 1 dinar yg aku wariskan kepadamu. Ini adalah balasan bagi orang yg mengagungkan dan memuliakan nabinya dan merayakan maulidnya.
[Targhibul Musytaqin Syarah Nazam Maulid Barzanji, hal. 4]
Kisah ini sesuai dengan kalam salah seorang Ulama :
أدم الصلاة على النبى محمد
فقبولها حتما بغير تردد
Selalulah membaca selawat atas Nabi Ahmad karena bacaan Selawat pasti diterima oleh Allah subhanahu wa ta'ala.
(Kelebihan selawat, tidak perlu khusyuk/hadir hati ketika membaca dan boleh menunjuk-nunjukkan/berlagak kepada orang-orang, itu pun diterima. Lebih-lebih lagi bila di baca dgn adab dan hadir hati/khusyuk. Ini semua kerana berkah dan kemuliaan Rasulullah SAW di sisi Allah SWT. Dan hanya Iblis, syaitan jin dan syaitan manusia dan juga kuncu-kuncunya sahaja yg tidak bergembira dengan maulidnya Sayyidina Rasulullah Muhammad S.A.W)
صلوا على نبينا سيدنا وحبيبنا محمد صلى الله عليه
وسلم!.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩
سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan