Sabtu, 3 November 2018

KENAPA PERLU BELAJAR KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYYAH??

*KENAPA PERLU BELAJAR KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYYAH??*

1.  Kitab Syamail Muhamadiyah termasuk salah satu kitab hadis daripada pelbagai kitab hadis yang muncul sehingga zaman sekarang.

2.  Kitab ini adalah himpunan kepada hadis-hadis yang menceritakan khalqiah (kejadian tubuh badan Nabi) dan khuluqiah (akhlak) Nabi Muhammad serta beberapa sirah Nabi.

3.  Hal ini wajib dipelajari oleh umat Baginda sebagai usaha mencintai Nabi lebih dalam dan menghayati segala pengorbanan Nabi.

4.  Allah taala berfirman: Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (QS. Al Ahzaab 21)

5.  Berdasarkan semangat ini, terdapat ramai ulama yang berusaha menulis perihal Nabi shalallahu alaihi wasallam sehingga menghasilkan banyak kitab, antaranya:

  a. Kitab Syamail, karya Al Imam al Hafidz Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sauroh at Tirmidzy.
  b. Al Mawahib al Ladunniyah ‘alas Syamail Muhammadiyah, adalah Hasyiyah (keterangan) kitab Syamail Tirmidzy, karya al Imam Ibrahim al Baajury.
  c. Al Mawahib al Laduniyyah bil Minahil Muhammadiyah, karya Al Imam Ahmad bin Muhammad al Qusthullany.
  d. Syauqul ‘Aruus wa Unsun Nufuus, karya Al Imam Husein bin Muhammad Ad Damaghony.
  e. As Syifaa bi ta’rifi huquqil Musthofa,karya Al Imam al Qodhi ‘Iyadh bin Musa bin ‘Iyadh al Yahshubi.
  f. Wasaailul Wushuul ilaa Syamail ar Rasuul,karya Al Imam Yusuf bin Ismail an Nabhany.
  g. Muntahas Suul syarah Wasaailul Wushuul,karya As Syeikh Abdullah bin Sa’id al Lahji.
  i. Muhammad Al Insan Kamil, karya As Syeikh Al Imam As Sayyid Muhammad bin Alawy al Maliky al Hasany.

6.  Di antara kesemua kitab di atas, kitab Syamail Muhamadiyah adalah kitab yang paling masyhur dalam masyarakat muslimin seluruh dunia.

7.  Mempelajari kitab Syamail adalah sebagai langkah untuk kitab mencintai Nabi. Mencintai Nabi adalah kewajipan bagi setiap muslim. Bahkan Sayyidina Abu Bakar As-Sidddiq menzahirkan kecintaan beliau terhadap Baginda dengan selalu berkata:
”Yang terpercaya dan manusia pilihan, kepada kebaikan dia menyeru. Seperti bulan purnama yang mengusir kegelapan..”.

8.  Begitu juga, diriwayatkan Sayyidina Anas begitu mencintai Nabi sehingga sempat mengira bilangan uban Nabi ketika akhir hayat Baginda.

9.  Persoalannya, bagaimanakah kecintaan kita kepada Baginda? Adakah kita dapat memperuntukkan satu hari cuti kita untuk sama-sama mendalami segala hal berkaitan Nabi kita?

10.  Ayuh sama-sama kita menyertai pengajian Syamail Muhamadiyyah, semoga kita dalam rahmat Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan