Kisah Abdul Rahman Bin Muljam
Beliau pada awalnya dikenali sebagai seorang yang shalih. Beliau adalah ahli ibadah yang sering berpuasa sunat dan bersolat tahhajud. Beliau juga termasuk dalam golongan Al-Muqri, iaitu guru Al-Quran.
Ketika dizaman Khalifah Umar Ibn Khattab, pernah Abdul Rahman Bin Muljam ini dihantar ke Mesir untuk mengajar Al-Quran kepada rakyat Mesir yg baru memeluk Islam.
Khalifah Umar menulis surat kepada Amru bin Al-Ash tentang pengiriman Abdul Rahman bin Muljam ke Mesir,
“Aku telah mengirim kepadamu seorang yang shâlih, ‘Abdur-Rahmân bin Muljam. Aku merelakan ia bagimu. Jika telah sampai, muliakanlah ia, dan buatkan sebuah rumah untuknya sebagai tempat mengajarkan Al-Qur`ân kepada masyarakat”.
Tetapi ilmu dan amalan ibadah yg tidak disertai kefahaman Islam telah menyesatkan Abdul Rahman.
Beliau terpengaruh dengan pemikiran dan pendirian keras golongan khawarij yang mudah melabelkan orang lain sebagai sesat, kafir, musuh Allah, dan pengkhianat. Lama-lama kebencian semakin menebal dan tindakan drastik pun dirancang oleh mereka untuk membunuh Saidina Ali, Muawiyyah, dan Amru b Al-Ash.
Dipendekkan cerita, Abdul Rahman bin Muljam, seorang ahli ibadah, guru Quran, dan seorang yg pernah digelar oleh Umar Al Khattab sebagai seorang yang sholeh akhirnya menjadi pembunuh yang sangat hina. Dia membunuh Khalifah Ali ketika sedang sholat subuh. Ketika dia menikam Ali RA dengan pisau beracun, dia malah membaca ayat dari Surah Al-Baqarah bermaksud:
“Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya”. [al Baqarah/2:207].
Dia membunuh Ali RA dengan penuh yakin bahawa dia akan mendapat redha Allah dgn perbuatannya.
Imam adz-Dzahabi rahimahullah berkata tentang Ibnu Muljam:
“Sebelumnya, ia adalah seorang ahli ibadah, taat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Akan tetapi, akhir kehidupannya ditutup dengan keburukan (su`ul khâtimah). Dia membunuh Amirul-Mu’minin ‘Ali Radhiyallahu ‘anhu dengan alasan mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui titisan darahnya. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberi ampunan dan keselamatan bagi kita”
Hindarilah kebencian sesama kita. Hentikanlah menuduh saudara kita dengan kekufuran, kesesatan dan pengkhianatan. Kita tidak menduga di mana Syaitan boleh menyesatkan kita.
Beristighfarlah. Semoga Allah pelihara kita. Amiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan